suria

“Saya dah malas nak jaga dia” - Isteri hilang rasa cinta selepas bisnes suami lingkup, lebih parah kini dah temui calon pengganti

Selepas perniagaan merudum, lelaki itu turut diserang angin ahmar sehingga menjejaskan hubungan dengan isteri. -Gambar Hiasan

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah gambaran kisah malang seorang lelaki apabila perniagaan yang diusahakannya jatuh merudum.

Lebih teruk, dia turut diserang angin ahmar dan kini terlantar sakit sehingga terpaksa ditanggung oleh isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

Bagaimanapun, wanita itu menerusi Facebook mengakui sudah tawar hati dan berhasrat menuntut fasakh daripada suaminya.

"Sekarang tengah sakit sebab kena strok. Saya pula kenal dengan seorang lelaki. Saya sudah malas nak jaga suami.

"Dah la saya kerja, pernah sekali saya cakap nak minta fasakh dan dia setuju tapi mak ayah saya tak setuju sebab dulu dia layan mak ayah saya baik.

Wanita itu mengakui sudah beralih hati kepada jejaka lain selepas suaminya jatuh sakit. (Gambar Hiasan)

"Tapi saya dah tak ada perasaan pada suami. Mak ayah pulaukan saya. Mak ayah cakap kalau kami cerai, mak ayah akan jaga suami," luah wanita itu.

Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita itu turut mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang memihak kepada lelaki itu.

Malah, dia turut mempersoalkan hak dirinya untuk mencari kebahagiaan hidup selepas perasaan terhadap suami mula pudar.

Tidak dinafikan dia suami yang baik. Cuma dia selalu tak berduit. Sekarang dia tengah sakit.

ISTERI

"Salah ke saya nak cari kebahagiaan hidup? Dulu suami saya ada harta juga. Pendapatan sebulan cecah RM10,000 hingga RM15,000 sebulan.

"Tapi sebab khianat dan dengki suami saya jatuh. Bisnes hancur. Dulu suami saya tak kedekut, tapi sejak dia tak ada pendapatan, dia mula kurang beri apa-apa kepada saya," ujarnya.

Dedah wanita itu lagi, suaminya juga pernah bekerja sebagai pemandu syarikat e-hailing selepas perniagaannya musnah.

Namun, segalanya berubah semenjak dia jatuh sakit dan kini terlantar tanpa daya di rumah.

"Nafkah sebulan bagi RM100. Saya pula berkerjaya. Semua saya tanggung. Suami asyik pinjam duit saya masa tu,

"Tidak dinafikan dia suami yang baik. Cuma dia selalu tak berduit. Sekarang dia tengah sakit," dedah wanita itu lagi.

Suami wanita itu kini terlantar sakit akibat diserang angin ahmar. (Gambar Hiasan)

Posting yang dikongsi pada Rabu itu turut dihujani lebih 2,300 komen netizen.

Rata-ratanya mengecam wanita itu yang mana dia disifatkan tidak mengenang budi dan pentingkan diri sendiri.

"Zaman sekarang ni saya tak faham sebenarnya, Allah uji sikit terus goyah dan goyang dengan hasutan syaitan. Suami, isteri sakit terus nak cari lain sebab tak nak jaga.

"Macam-macam perangai ragam manusia ni. Pokok pangkalnya kurang pengertian pada ajaran Islam yang indah.

"Kesiannya si suami. Masa suami senang nak bersama. Tapi bila suami sakit tiba-tiba tak ada rasa cinta sampai sanggup nak bercerai.

"Allahu. Bila senang, sayang setinggi gunung. Bila susah ditinggal-tinggalkan," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, strok, curang, tuntut fasakh

Artikel Lain