suria

Bunyi lesung batu cetus misteri! Gadis dan rakan serumah bingung dapat surat amaran, dituduh punca gangguan - “Kami guna blender je”

Menafikan bunyi bising itu berpunca dari rumahnya, ramai netizen turut memuat andaian mengenai gangguan makhluk halus.

ADAT hidup berjiran, keharmonian sesama kita haruslah dijaga.

Namun, lain pula cerita yang dikongsi seorang wanita apabila dia dan rakan serumah ditegur jiran angkara bunyi bising lesung batu.

Menerusi Facebook Pantai Dalam Community, Barisyia Nasri memuat naik nota yang ditulis jirannya di atas sekeping kertas sehingga mengundang perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada mainan tak?” - Comel! Reaksi 3 beradik teruja berkenalan dengan abang jiran di lubang tembok raih setengah juta tontonan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia buat jiran di UK menangis hanya kerana sebiji kek Victoria Sponge

Dalam nota ringkas itu, jirannya memohon Batrisyia agar tidak menggunakan lesung batu pada waktu malam.

Malah jika perkara itu berulang lagi, jirannya juga mahu membuat laporan kepada pihak pengurusan apartment itu.

"Minta kerjasama untuk tolong jangan guna lesung batu lewat malam.

"Hormat waktu tidur orang lain. Jika berlaku lagi, akan direkod dan aduan akan dibuat kepada pengurusan," tulis jirannya.

Wanita itu berkata, dia dan rakan serumahnya tidak menggunakan lesung batu pada waktu malam.

Namun kata Batrisyia, dia dan penghuni lain dalam rumahnya tidak pernah menggunakan lesung batu pada waktu malam.

"Nak cakap macam mana ya dengan jiran yang tegur kami macam ni?

"Sebab orang tuduh rumah kami, tapi rumah kami dengar bunyi tu dari rumah lain.

Minta kerjasama untuk tolong jangan guna lesung batu lewat malam.

PEMILIK NOTA

"Rumah kami jarang masak apatah lagi nak ketuk... guna blender je," katanya.

Sehingga kini, posting itu dihujani ratusan komen netizen.

Selain memberi cadangan, ada netizen turut berkongsi kisah masing-masing yang pernah berdepan masalah sama sebelum ini.

Malah, ada juga yang mengaitkan ia dengan gangguan mistik.

Nota yang ditinggalkan buat wanita itu.

"Mula-mula dia ketuk-ketuk, dia tumis-tumis, lama-lama dia kacau. Dah biasa kena sampai jadi macam orang bodoh dah.

"Suruh dia pasang Ruqyah sehari semalam. InsyaAllah OK tu. Biasa la makhluk tu pun macam kita juga. Cuma dimensi berbeza.

"Biasanya kalau dengar bunyi rumah lain, sebenarnya bunyi tu dalam rumah sendiri. Mereka di alam ghaib. Kalau mata kita boleh nampak, dah tentu kita ketakutan.

"Makhluk lain selain kita," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain