suria

Makan jimat-jimat, wanita di perantauan sedih bungkusan terakhir mi segera digigit binatang - “Kalau ada ruang lebih, tambah lagi”

Ivy berkongsi kisah mi segera itu menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official pada Rabu.

JAUH beribu batu dari tanah air, perasaan rindu terhadap Malaysia tidak pernah pudar dalam diri wanita ini.

Malah, juadah Malaysia yang dinikmati di perantauan menjadi salah satu alternatif mengubat kerinduan memandangkan jarang-jarang sekali dia dapat pulang ke kampung halaman.

Dalam perkongsian di Facebook, Ivy Shaari David yang kini menetap di Guadeloupe, Caribbean bercerita mengenai kisahnya dengan sebungkus mi segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia buat jiran di UK menangis hanya kerana sebiji kek Victoria Sponge

ARTIKEL BERKAITAN: Sokong produk Malaysia, bekas wartawan bergelar peguam teruja lihat Perodua Kelisa dipandu mat salih di UK - “Apa yang saya buat, saya ingat asal usul”

Dalam posting itu, dia mengakui sedih apabila plastik pembungkus mi segera yang disimpannya rosak, dipercayai digigit tikus atau lipas.

"Plastik tu dah berlubang merata-rata. Tapi tak tengok pula kat dalam, sebab frust sangat terus buang.

"Mi segera expired berani makan tapi kalau cicak atau lipas ke yang gigit plastik tu, memang tak beranilah nak makan.

Ivy bersama suaminya.

"Sedih, sebab biasanya beli stok untuk setahun, makan jimat-jimat waktu betul-betul teringin je.

"Sekali rosak pula, nak balik Malaysia lapan bulan lagi, itu pun kalau dapat balik," ujarnya menerusi temubual maya bersama mStar.

Walaupun mereka ada jual serbuk kari, kunyit... rasa tak sama dengan jenama dari Malaysia.

IVY SHAARI DAVID

Mesra disapa Ivy, dia mengakui sukar mencari produk Asia di negara yang didiaminya itu sejak empat tahun lalu.

Malah, rasa makanan berasaskan negara Asia yang dijual di sana juga sedikit berbeza dengan apa yang sering dinikmati di tanah air selama ini.

"Kedai Asian tak jual semua produk dari negara-negara Asia. Makanan memang beli bila balik Malaysia. Beli stok untuk setahun macam tu.

Ivy bersama anaknya.

"Sebab, walaupun mereka ada jual serbuk kari, kunyit... rasa tak sama dengan jenama dari Malaysia. Kalau cili kering, kicap, asam keping tu memang tak jumpa dekat sini.

"Biasa memang beli siap sebab nak pos mahal, lepas tu ambil masa nak sampai," ujarnya yang berasal dari Selangor.

Menurut Ivy yang sudah berumah tangga dengan jejaka dari Perancis, mi segera merupakan antara makanan yang wajib 'diborong' setiap kali pulang ke Malaysia.

Namun jelasnya, dia gagal pulang pada tahun ini memandangkan pandemik Covid-19 sedang melanda dunia dan merancang kembali ke Malaysia pada 2021.

Mi segera sememangnya antara makanan yang digemari rakyat Malaysia. (Gambar Hiasan)

"Tahun 2019 balik... 2020 tak balik, harap 2021 dapat balik. Raya tahun ni tak dapat balik sebab Covid-19.

"Mi segera tu biasanya saya beli lima bungkus sekurang-kurangnya. Bergantung juga, kalau ada barang lain nak bawa ke tidak.

"Tapi yang pasti memang wajib borong. Ada juga kawan yang 'hantu' Maggi tu, memang bawa balik itu je.

"Terpaksa juga susun barang-barang lain. Kalau ada ruang lebih, tambah lagi," ujarnya.

Ivy berkongsi posting itu menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official pada Rabu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain