Gulung kertas, jadi duit! Pelajar bidang Farmasi tak menang tangan siapkan tempahan quilling... belajar dari internet je!

Antara seni quilling yang dihasilkan oleh gadis berusia 23 tahun ini.

REZEKI yang tidak disangka-sangka.

Begitulah gambaran kisah seorang graduan lepasan bidang Farmasi yang kini tak menang tangan menerima tempahan quilling.

Menurut Nik Alya Syakirah Nik Ahmad Faris, 23, dia mula mempelajari seni menggulung kertas itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 kali interview arkitek tak dapat, pelajar master tak persia bakat seni... Yuna, Neelofa pun perasan! - “Rasa macam menang anugerah”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif”

Niat awal mahu menjadikan ia sebagai hobi semata-mata, namun dia kini terpaksa menutup tempahan sepanjang Ogos kerana mendapat permintaan yang cukup tinggi.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Alya mengakui cukup gembira dengan rezeki yang kini semakin mencurah-curah buat dirinya.

"Memang awal-awal niat nak jadikan hobi semata-mata. Belajar kat rumah masa PKP dengan menonton video di Instagram dan YouTube.

Alya bersyukur menerima banyak tempahan quilling selepas kisahnya tular di Twitter.

"Selepas sekolah kembali dibuka tempoh hari, adik bawa ke sekolah dan kawan-kawannya banyak buat tempahan quilling dari saya.

"Kemudiannya saya kongsi di Instagram sendiri, kawan-kawan saya juga mula tempah quilling," ujarnya.

Tidak terhenti di situ, seorang lagi rakannya turut berkongsi kisah mengenai kebolehan Alya menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular.

Kepada mereka yang tengah nak cari kerja, mungkin boleh cuba benda simple macam ni dan jadikan side income.

NIK ALYA SYAKIRAH NIK AHMAD FARIS

Disebabkan posting itu, telefon Alya dihujani lebih 100 mesej daripada individu-individu yang berminat dengan seni yang dihasilkannya.

"Dalam beberapa hari lepas, saya hantar quilling ke rumah kawan saya. Jadi, kawan kepada kawan saya start approach saya... dia tanya dan turut buat tempahan.

"Selain itu, dia minta gambar-gambar quilling yang saya hasilkan dan letak di Twitter. Esoknya dah viral. Banyak sangat masuk order.

Lagi quilling yang dihasilkan Alya.

"Sekarang saya dah tutup order untuk Ogos. Hanya buka untuk September ke atas sahaja," ujarnya lagi.

Tambah Alya, dia juga kini terpaksa meminta bantuan adiknya untuk memotong kertas warna kerana menerima banyak permintaan selepas kisahnya menjadi tular.

Menurut Alya, dia enggan mensia-siakan latar belakang pendidikannya dan tetap menanam impian untuk menjadi ahli farmasi suatu hari nanti.

Alya mula mempelajari quilling sewaktu PKP baru-baru ini.

Namun, dia juga mahu meneruskan perniagaan quilling tersebut dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan.

Dalam pada itu, Alya turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua netizen yang menyokong seni quilling dihasilkannya menerusi Twitter.

Alya menutup tempahan quilling bagi bulan Ogos gara-gara permintaan yang tinggi.

"Terima kasih banyak-banyak sebab beri sokongan kepada saya yang tak seberapa ini.

"Kepada mereka yang tengah nak cari kerja, mungkin boleh cuba benda simple macam ni dan jadikan side income dalam waktu sukar (Covid-19) sekarang ni," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

seni, quilling, kertas, tempahan, gulung

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain