suria

Lapar berkayuh, lelaki ini singgah kedai makan nasi dagang kegemaran... masa nak bayar berlaku kejadian memalukan - “Memang tak sopan langsung rasanya”

Mohd Kharbi berkunjung ke sebuah rumah yang disangkanya sebagai sebuah kedai makan.

JIKA disoroti paparan Facebook sehari dua ini, banyak kisah mengenai sambutan Aidiladha yang dikongsi netizen.

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Kharbi apabila dia memilih untuk melakukan aktiviti berbasikal.

Sepanjang berkayuh dari Kenyir ke Kuala Terengganu, dia turut berdepan satu peristiwa melucukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal jelajah 13 negara, 2 mamat Malaysia kongsi pengalaman perit telefon 'terjun' sungai di Perancis - “Hari pertama dah lucu...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang martabat wanita ke?” - Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok

Menurut Mohd Kharbi, dia yang sedang lapar ketika itu melilau mencari kedai makan untuk berhenti menjamu selera.

Tambahnya, kali terakhir dia makan adalah pada 9 malam hari sebelumnya dan sudah 70 kilometer mengayuh dengan perut yang kosong.

"Pastinya fikiran dah agak meracau. Nampak kelibat seakan kedai di seberang jalan, saya patah balik terus tuju ke situ. Dalam tu ada dua orang perempuan, seorang budak dan seorang lelaki.

Mohd Kharbi berbasikal dari Kenyir ke Kuala Terengganu pada hari kejadian.

"Ada lauk nasi dagang atas meja. Yang saya fikir mungkin kedai ni ada makanan istimewa, iaitu nasi dagang. Saya pula memang favourite sangat dengan menu tu, lebih-lebih lagi asli dari Terengganu.

"Sambil masuk tengok keadaan sekeliling, betul ke kedai atau rumah? Ada cawan atas meja bahagian tepi, confirm kedai la tu. Bang nasi dagang so (satu)," imbasnya.

Menurut Mohd Kharbi, dia mahu membayar harga hidangan tersebut selepas habis menjamu selera sehinggalah diberitahu bahawa ia bukanlah sebuah kedai makan sebagaimana sangkaan awalnya.

Makcik tu siap sendukkan, memang layanan macam kedai.

MOHD KHARBI

Malah, beberapa individu yang disangka sebagai pelanggan merupakan anak tuan rumah serta jiran mereka sahaja.

"Ingatkan pelanggan, rupanya anak makcik tu tengah makan dengan jiran sebelah rumah. Saya tak pasti apa perasaan dia bila entah sesiapa yang datang ke rumah dia terus minta nasi dagang.

"Orang Melayu takkan halau orang kalau datang nak makan, macam tu lah situasi saya masa tu. Makan sambil sembang.

Posting tular di Facebook.

"Bila habis je, nak gerak ambil duit kat poket belakang dan tanya berapa ya? Maka terkeluarlah 'Bakponyo nak bayar? Bukannya kedai' (kenapa nak bayar? bukannya kedai).

"Adoi, apa perasaan korang masa tu bila ingatkan masa mula masuk terus minta nasi dagang tu, dah la saya tak kenal mereka, Mereka lagilah tak kenal saya. Memang tak sopan langsung rasanya," ujarya lagi.

Tambah Mohd Kharbi, dia tersalah sangka memandangkan dapur kediaman itu dibuat secara terbuka di bahagian depan.

Antara foto yang dikongsi di Facebook Mohd Kharbi.

Lebih meyakinkan kerana dia melihat beberapa individu sedang menjamu selera sementara seorang wanita warga emas sedang mencedok lauk sebagaimana layanan di kedai makan biasa.

"Makcik tu siap sendukkan, memang layanan macam kedai," jelasnya lagi di ruangan komen.

Kisah itu dikongsi Mohd Kharbi menerusi laman Facebook My Kayuh yang banyak berkisar mengenai aktiviti berbasikal.

Malah, posting itu turut ditularkan oleh seorang individu sehingga mengundang perhatian ramai di Twitter.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
My Kayuh, basikal, kedai, nasi dagang, lucu, malu

Artikel Lain