Kecoh video TikTok 4 generasi, betul ke dua daripadanya mak dengan anak? - “Kasihan kat dia, macam tak boleh terima hakikat”

Video TikTok yang mencetuskan perdebatan mengenai status ibu dan anak. Foto kanan menunjukkan Mira (kanan) bersama anaknya, Arfah. Foto ihsan Arfah Ain Erzam

KECOH video TikTok empat beranak dari moyang, nenek, cucu hingga ke cicit yang dirakamkan pada Hari Raya Aidiladha.

Video yang memaparkan wanita empat generasi yang tular di media sosial itu menimbulkan persoalan netizen mengenai status si ibu dan anak (me) yang asyik menari TikTok.

"Macam adik-beradik je," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib 'hot daddy', keluar dengan anak sendiri, 'makcik bawang' kata curang!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak ini sama-sama jelita... tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian - "Mak saya tahu bukan dari saya"

"Kenapa mak dia nampak lagi muda daripada dia," ujar yang lain.

Bercakap kepada mStar, wanita yang diperkenalkan sebagai 'ibu' itu tampil mengakui dia adalah ibu kepada dua anak dan remaja di dalam klip tersebut adalah anak sulungnya berusia 16 tahun.



Empat generasi... Mira (kanan) bersama anak perempuannya (dua, kanan), ibu (dua, kiri) dan neneknya.

Berusia 35 tahun, Mira Akfini Mohd Azlan berkata, dia berkahwin di usia muda ketika berumur 18 tahun.

"Video TikTok dibuat atas pujukan anak saya Arfah Ain Erzam. Saya layankan saja bersama nenek dan moyang dia.

"Tapi sebelum rakaman tu, anak saya ada ajar step menari terlebih dahulu. Saya bukan kaki TikTok pun," katanya kepada mStar.

Mira berkata, ini bukan pertama kali dia dan anaknya itu menjadi kekeliruan orang ramai terutama dalam kalangan rakan-rakan mereka.

"Ada yang ingat kami ni adik-beradik, pasangan kembar pun ada. Ada kawan anak datang rumah panggil saya kakak, ingatkan saya ni kakak kepada Arfah.

"Bila kami berdua dibandingkan siapa kakak siapa adik rasa kelakar. Betullah kami mak dan anak, kenapalah mereka tak percaya," ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak.



Mira (kiri) berkahwin di usia muda.

Ibu kepada seorang lagi cahaya mata berusia 13 tahun itu bagaimanapun tidak mempunyai rahsia untuk kelihatan lebih muda daripada anak sendiri.

"Tak ada rahsia pun. Mungkin genetik keluarga saya jenis yang kecil-kecil, jadi nampaklah kurus dalam video. Kebetulan, saya pun lakukan aktiviti outdoor seperti jogging dan hiking.

"Nasi tetap makan, bukan tak sentuh langsung. Cuma bila dah buat aktiviti senaman, secara automatik kita jaga pemakanan macam ambil nasi sehari sekali," tambahnya.

Bila kami berdua dibandingkan siapa kakak siapa adik rasa kelakar. Betullah kami mak dan anak, kenapalah mereka tak percaya.

MIRA AKFINI MOHD AZLAN

Menurut Mira, dia amat rapat dengan anak perempuannya dan sering menghabiskan masa bersama sekiranya anaknya itu pulang dari asrama di Sekolah Menengah Sains di Tapah.

"Biasalah aktiviti bersama kaum perempuan, kami akan pergi shopping. Ada juga saya dan anak join hiking atau running bersama.

"Tapi ada juga perbezaan kami... anak saya ni rajin buat TikTok dan sukan makan. Saya ni lebih kepada aktif bersukan," ujarnya.



Mira (kanan) dan anaknya, Arfah sering menghabiskan masa bersama seperti membeli-belah dan hiking.

Mira yang merupakan penjawat awam turut mengulas mengenai komen rata-rata netizen yang melihatnya lebih muda daripada anaknya sendiri.

"Hahaha yang ni kelakar. Bagi saya biasa-biasa saja. Tapi kasihan kat dia (anak), dia macam tak boleh terima hakikat," ujarnya secara berseloroh.

Anaknya, Arfah kemudian mencelah bagi memberi komennya sendiri berhubung pandangan netizen mengenai perkara tersebut.

"Agak sedih juga bila ramai kata wajah ibu lagi muda daripada saya. Tapi tak apalah, saya okay je. Tunggulah masa saya kahwin nanti, harapnya saya nampak lagi muda daripada anak," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TikTok, mak, anak, moyang, nenek, 4 generasi

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19