suria

Makin sweet ustaz! Ebit romantis dengan coretan 12 tahun bersama bidadari - “Setiap hari macam pengantin baru”

Ebit (kiri) bersama isteri membuat tinjauan di dalam pasar raya miliknya yang baru dibuka. Foto Facebook Ebit Lew

HARI pertama pada bulan Ogos pastinya menjadi permulaan yang baik untuk kita semua menjalani kehidupan yang lebih indah.

Begitu juga hari-hari istimewa yang diraikan bersama keluarga dan insan tersayang.

Kehangatan bulan Ogos turut dirasai oleh Ustaz Ebit Lew meskipun sibuk dengan siri pembukaan pasar raya baharu dan aktiviti dakwah serta kemasyarakatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya ustaz! Sekali lagi terserlah sisi romantis Ebit Lew saat kejutan birthday buat bidadari tercinta - "Empat kali 'mati' untuk abang..."

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz romantis! Video ‘Bollywood’ Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia - "Terasa segar muka"

Mana mungkin tidak, tanggal 1 Ogos begitu dekat buat pendakwah terkenal itu kerana ulang tahun perkahwinannya ke-12 bersama isteri tercinta sejak 2008.



Ebit begitu romantis dengan isterinya yang digelar sebagai bidadari.

"Bidadariku, selamat ulang tahun perkahwinan kita 1/8/08. Rezeki kita telah bersama 12 tahun insyaAllah cinta sampai syurga.

"Kurnia Allah. Terima kasih menjadi bidadari dalam hidup abang," tulisnya menerusi perkongsian romantis di halaman Facebook.

Tanpa bidadari abang tak tahulah bagaimanalah nak berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang

EBIT LEW

Kini bergelar bapa kepada empat cahaya mata, Ebit bersyukur kerana Allah SWT mempertemukannya dengan isteri yang sering digelarnya sebagai bidadari.

"Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan.

"Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru," katanya.



Ebit dan isteri dikurniakan empat cahaya mata.

Malah, beliau turut menyuarakan bahawa isterinya menguatkan semangat untuk dirinya membantu masyarakat dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Tanpa bidadari abang tak tahulah bagaimanalah nak berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang. Ya Allah terima kasih atas anugerahmu penyejuk mata dan peneman perjuangan ini.

"Terima kasih menemani perjalanan hidup ini. I love you bidadariku," katanya.

Perkongsian romantis itu turut dimuat naik foto Ebit bersama isterinya di dalam pasar raya miliknya yang baru beroperasi, sehingga dikongsi lebih 1,000 kali dan meraih 41,000 tanda suka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain