Kejutan pagi raya! Kecoh dapur ayah bawa balik daging korban ‘bergerak’... nasib tak melompat - “Mak panggil saya, dia takut”

Paparan skrin posting gadis itu di Twitter mengenai 'daging bergerak' menjadi perhatian ramai.

APABILA tibanya Aidiladha, tentu ada dalam kalangan umat Islam yang melakukan ibadah korban.

Selain melihat upacara penyembelihan, kita juga pastinya ternanti-nanti untuk menikmati hidangan daging tersebut.

Di Temerloh, Pahang, seorang gadis berkongsi video daging lembu korban yang masih bergerak menerusi laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: SOP kembali ketat! Ibadah korban, ziarah Aidiladha dan individu kuarantin dalam pemerhatian polis

ARTIKEL BERKAITAN: Seekor lembu, 30 orang... ibadah korban Aidiladha dibolehkan tapi kena ikut 10 SOP ini!

Dikongsi pada pagi Jumaat, video itu sehingga kini meraih lebih 16,000 tontonan menerusi laman sosial itu.

Bercakap kepada mStar, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Tero mengakui terkejut apabila pertama kali menyaksikan kejadian itu.

"Lepas ayah bawa balik (daging korban) ke rumah, daging tu tak bergerak pun. Lepas mak saya buang lemak, terus bergerak. Sejuk kot.

Umat Islam di Malaysia meraikan Aidiladha pada Jumaat. (Gambar Hiasan)

"Saya ingat mak buat kelakar, sebab dia panggil saya... dia takut. Lepas tu saya datang, memang bergerak. Nasib tak melompat," ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut pelukis berusia 22 tahun itu, daging berkenaan juga masih bergerak biarpun sudah digenggam dalam tangan.

Malah, akibat rasa takut, ibunya turut menyimpan daging itu dalam peti ais dan memilih untuk menyediakan juadah lain terlebih dahulu.

Tunggu sehari dua baru masak. Mak saya tak nak tengok kot.

TERO

"Tak sampai 15 minit (daging bergerak). Sebab mak letak dalam peti, kalau tak mesti lagi lama berdenyut.

"Dia takut nak masak. Tunggu sehari dua baru masak. Mak saya tak nak tengok kot," ujarnya dalam nada berseloroh.

Dalam pada itu, netizen di Twitter turut meninggalkan komen menerusi posting video berkenaan.

Malah, ramai yang turut berjenaka dan mengakui pertama kali melihat kejadian sedemikian.

Ibadah korban menjadi kemestian setiap kali tibanya sambutan Aidiladha. (Gambar Hiasan)

"Letak dalam peti ais, kalau biar macam tu je, esok nanti dia jadi lembu balik.

"Dekat setiap daging ada muscle memory. Muscle memory ni akan membuatkan daging tu bergerak dengan sendiri walaupun dah dipotong. Apa-apa daging sekali pun.

"Memang macam ni kalau daging fresh lepas sembelih. Dulu masa first time nak potong, geli takut semua ada... lama-lama dah biasa," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain