Dugaan... beberapa jam selepas post tribute foto mural Dr Noor Hisham dipadam, IG pelukis mural digodam – “Saya bukan selebriti pun”

(kiri) Muhammad Suhaimi bersama mural potret Yang di-Pertuan Agong yang dilukisnya. (kanan) Foto mural Dr Noor Hisham yang menjadi posting terakhir sebelum IG digodam.

LEPAS satu, satu lagi dugaan yang menimpa buat pelukis mural potret gergasi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selepas lukisan muralnya terpaksa dipadamkan berikutan diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab, akaun Instagramnya pula digodam.

Bercakap kepada mStar, pelukis berkenaan, Muhammad Suhaimi Ali berkata, insiden itu berlaku pada Sabtu malam ketika sedang sibuk membuat rekaan untuk pelanggannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mural dipadam, bukan semangat! Tiga anak muda 'kembalikan' potret gergasi Dr Noor Hisham kepada orang ramai - "Harap dapat duduk semeja..."

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali jadi lorong belakang! Walau sebak mural potret pemimpin negara dipadam, pelukis tetap bersemangat berkarya – "Tak kan nak touch up hari-hari"

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, pada masa sama, dia menerima banyak mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan mesej secara langsung (DM) di Instagram.



Akaun Instagram yang digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya dapat DM yang meminta saya reset kata laluan (password) dan tukar kepada yang baharu untuk keselamatan. Bila dah log out dan log in semula tak boleh.

"Masa tu baru saya tahu akaun saya dah kena hack (godam). Tengah sibuk buat design, jadi saya kalut sampai tak fikir apa dah," katanya kepada mStar.

Muhammad Suhaimi berkata, dia pada mulanya tidak menyangka kejadian tersebut menimpa dirinya kerana dia bukan seorang selebriti.

"Saya ni biasa-biasa saja, hanya pelukis. Bukan selebriti pun. Ada juga yang nak hack akaun saya," katanya yang menjadi pelukis mural sejak empat tahun lalu.



Antara lukisan mural potret beberapa pemimpin negara yang menjadi mangsa vandalisme.

Menurut anak kelahiran Seberang Takir, Kuala Terengganu di Terengganu itu, posting terakhirnya adalah pada Sabtu, memaparkan lukisan mural Dr Noor Hisham yang sedang dipadamkan menggunakan cat putih oleh wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), beberapa jam sebelum akaunnya digodam.

"Itulah posting terakhir sebelum kena hack. Gambar tu sekadar tribute untuk mengenang kembali yang saya pernah melukis mural Dr Noor Hisham dan Yang di-Pertuan Agong.

Itulah posting terakhir sebelum kena hack. Saya cakap kalau tak ada rezeki di situ (mural diconteng), insyaAllah ada rezeki di tempat lain

MUHAMMAD SUHAIMI ALI

"Saya cakap kalau tak ada rezeki di situ (mural diconteng), insyaAllah ada rezeki di tempat lain. Saya tak pasti gambar mural dipadam tu ada kaitan atau tidak sehingga akaun saya kena hack.

"Sebab saya banyak terima komen-komen positif, ramai beri sokongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak putus asa," katanya sambil menambah bahawa akaun Instagramnya yang digodam itu mempunyai lebih 36,000 pengikut.



Mural yang dihasilkan oleh Muhammad Suhaimi bersama dua rakannya selepas insiden mural diconteng.

Jelasnya, dia terpaksa membuat akaun Instagram baharu berikutan butiran untuk akaun lama menggunakan emel dan nombor telefon yang tidak lagi digunakannya.

Reda dengan kejadian yang berlaku, Muhammad Suhaimi yang telah melukis lebih 200 mural di seluruh negara mengakui terkilan kerana laman sosial itu merupakan sumber rezekinya.

"Saya ada akaun tu sejak 2014 dan tukar nombor telefon dua tahun lepas. Sedih juga sebab akaun itu macam portfolio untuk lukisan-lukisan saya sejak bertahun-tahun.



Akaun Instagram baharu milik Muhammad Suhaimi.

"Kebanyakan job masuk pun menerusi akaun Instagram, dah macam periuk nasi saya. Sekarang ni saya terpaksa mula balik dari awal.

"Memang rasa terkilan, tapi saya reda. Ia memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati dan tidak cuai pada masa akan datang," katanya.

Terdahulu, mural potret gergasi Yang di-Pertuan Agong dan Dr Noor Hisham yang dihasilkannya bersama lukisan pemimpin negara lain di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor, menjadi mangsa vandalisme menggunakan cat merah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia