suria

Hidup tak keruan, cikgu ‘kerjakan’ library sekolah... mahu murid feeling bandar - “Make over paling gila pernah aku buat”

Sentuhan magis Cikgu Nordin dalam projek dekorasi perpustakaan sekolahnya sewaktu tempoh PKP lalu begitu memukau mata.

DIAM-DIAM ubi berisi!

Itulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan kisah seorang guru yang tidak mensia-siakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan melakukan 'make over' perpustakaan di sekolahnya.

Menerusi satu posting di Facebook, Nordin Ismail berkongsi gambar-gambar transformasi perpustakaan sekolahnya yang berubah 100 peratus hasil kreativitinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar flat buruk, dalam ‘feel’ kondo! Wanita berjaya buktikan bukan rumah besar je boleh dihias cantik - “Jangan rasa down walau rumah tidak gah”

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka lama ditinggalkan kini berubah wajah, semua ini jadi realiti kerana hasrat ibu mentua

"Anggap je la projek kali ni sempena Covid-19. Cuti tak buat apa-apa sepanjang PKP dan PKPB buatkan aku jadi tak keruan. Mana tidaknya sepanjang PKP duduk mengadap dinding rumah je.

"Bila PKPP dan dah boleh pergi sekolah, aku cari la bilik mana pulak yang boleh aku kerjakan untuk lepaskan rindu aku kat sekolah. Dan aku anggap ini suatu kejutan untuk anak-anak murid aku bila diorang masuk sekolah balik nanti," tulisnya pada perkongsian berkenaan.



Perkongsian guru ini mengenai projek dekorasi perpustakaan di sekolahnya meraih lebih 2,000 shares.

Guru ini memilih konsep hipster dan minimalis untuk dekorasi perpustakaan berkenaan mengambil kira keluasan selain mahu memberikan nafas baharu kepada ruangan kecil berkenaan.

"Aku nak budak-budak aku 'feeling feeling' bandar dan ikut trend walaupun sekolah kat luar bandar. Ini adalah make over paling gila yang pernah aku buat.

"Kali ni aku berani tuk gunakan wallpaper dan bermain dengan warna pastel. No more langsir-langsir, renda-renda dan skirting bagai.



Projek dekorasi ini mengambil masa selama tiga minggu.

"Memerlukan kerahan idea yang sangat ekstrim sebab nak deko ruang library yang terhad untuk jadikan pelbagai guna, banyak galeri yang berjaya diwujudkan dan yang paling penting berubah 100 peratus dalam masa yang singkat," tulisnya.

Menurut guru ini, keseluruhan dekorasi itu mengambil masa selama tiga minggu sahaja.

Projek tersebut juga dilakukan dengan kerjasama dan bantuan 'orang kanan kesayangannya' termasuklah kerani, pengawal keselamatan, tukang cuci dan tukang kebun sekolah!



Perpustakaan ini berubah 360 darjah hasil sentuhan magis Cikgu Nordin.

"Aku berterima kasih dekat kesayangan aku termasuklah Kakyah akak kerani, akak cleaner Junaidah, pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman dan Saifol Mizan, tukang kebun Mohd Rizal, cikgu intrim yang baru lapor diri, Cikgu Azira, Zaidi Kassin dan bekas anak-anak didik aku yang banyak tolong.

"Aku bersyukur juga sebab ada Guru Besar, Ustaz Abdul Ghani Mohd Ali dan rakan-rakan guru yang sangat supportive dan membiarkan aku bebas berkarya.

"Agak-agak anak murid aku akan terkejut tak bila tengok library diorang dah berubah?



Cikgu Nordin memilih konsep hipster dan minimalis untuk mentransformasikan perpustakaan sekolahnya.

"Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan-rakan di luar sana jika terdetik nak deko libary atau kelas masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain citarasa," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 2,500 shares selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen yang rata-ratanya memuji usaha dan kerajinan guru lelaki berkenaan.



Antara sudut menarik cetusan idea Cikgu Nordin.

"Terbaiklah cikgu. Dapat menarik minat pelajar tidak jemu ke library," komen Feeza Hafeeza.

"Siapa yang kata cikgu dapat gaji buta sepanjang PKP, tak benar sama sekali. Mereka sentiasa proaktif bagi memastikan persekitaran sekolah dalam kondisi yang mesra pelajar. Terbaik cikgu," tulis Norzi Kadir.

"Tahniah. Semoga terus berkarya dan memberikan contoh kepada guru-guru lain. Anda layak untuk diiktiraf!" komen Adi Irwan Azhari pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain