“Kakak saya semua buat begini, mak kami yang nasihat” - Ibu muda kantoi tipu doktor, tip diberi ibunya boleh bunuh bayi dalam kandungan

Seorang ibu 'kantoi' apabila rahsia yang disimpannya selama ini akhirnya terbongkar ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Gambar hiasan.

BAGI wanita yang hamil bayi sulung, semestinya mereka tidak mempunyai pengalaman melahirkan anak.

Justeru, adalah sangat digalakkan buat bakal-bakal ibu khususnya yang hamil kali pertama untuk mendengar nasihat doktor ataupun memperbanyakkan bacaan bagi menambahkan ilmu mengenai proses kehamilan.

Namun masih ada segelintir wanita yang terlalu mempercayai nasihat orang yang kononnya lebih 'berpengalaman', tanpa mengetahui implikasi buruk terhadap bayi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh di Twitter ‘perempuan tak sesuai bekerja’... ramai ‘celik’ selepas doktor sakit puan kongsi kisah suami isteri ada masalah kesuburan

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kongsi kisah ibu 2 anak merayu nak bersalin normal, serik dibedah - “Makan untuk seorang, bukan dua orang!”

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Aimi Rahayu Abdul Rashid, berkongsi kisah mengenai seorang ibu muda yang sanggup menipu doktor gara-gara mendengar nasihat golongan yang tidak bertauliah semata-mata mahu bersalin secara semula jadi tanpa paksaan (induce).

Menurut Dr Aimi Rahayu, wanita yang bernama Ina itu datang menemuinya untuk membuat imbasan 'dating scan' iaitu sewaktu usia kandungannya mencapai 11 minggu.



Dr Aimi Rahayu merupakan doktor pakar Obstetrik & Ginekologi.

"Di waktu ini ukuran bayi yang disebut 'crown-rump length' atau CRL diambil bagi memberikan tarikh EDD atau 'estimated due date'. Ini penting bagi membantu perancangan dan penjagaan kehamilan Puan Ina diatur dengan baik.

"Tetapi hasil imbasan akhir kali ini membuat aku musykil. Eh, kenapa tarikh lebih dua minggu? Cukup tiga kali, ukuran CRL menunjukkan angka 13 minggu.

"Dalam rekod, haid Puan Ina teratur dan LMP (tarikh akhir haid) dicatat di kalendar, tidak mengambil sebarang alat perancang keluarga ketika itu dan tidak menyusukan. Jadi kenapa ada selang masa dua minggu?" tulisnya.

Sebenarnya tidak perlu takut kepada proses bersalin. Bertanyalah dengan mereka yang bekerja dalam bidang ini, untuk kepastian.

DR AIMI RAHAYU ABDUL RASHID

DOKTOR

Selesai membuat pemeriksaan ke atas ibu muda tersebut, Dr Aimi Rahayu kemudian menerangkan mengenai tarikh jangkaan bersalinnya yang perlu dianjak mengikut tarikh yang diberikan oleh imbasan.

Ketika menyampaikan tentang perkara tersebut, wajah ibu muda itu menjadi sugul dan termenung, sebelum dia akhirnya membuka cerita sebenar.

Rupa-rupanya ibu muda ini berkata dia sengaja memberikan tarikh akhir haid yang tidak tepat ketika mula-mula membuat pemeriksaan kehamilan atau ketika membuka 'buku pink'.



Bakal ibu dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor dan memperbanyakkan bacaan mengenai kehamilan.

Menurut wanita itu, dia berbuat demikian kerana takut untuk 'induce' dan mahu menjalani proses bersalin secara semula jadi tanpa paksaan.

"Saya tidak tahu boleh memberi kesan kepada bayi. Saya ingat kalau beritahu tarikh ini, jadinya tidak perlu saya di'induce'.

"Kakak-kakak saya semua buat begini, tapi mereka bersalin kebanyakannya awal. Mak kami yang nasihatkan. Sebab dulu dia pun buat begitu masa mengandungkan kami adik beradik," tulis doktor itu mengulangi ayat yang ditutur wanita berkenaan.



Usah merisikokan nyawa bayi dengan mengambil nasihat daripada mereka yang bukan pakar.

Tergamam mendengar jawapan wanita tersebut, doktor berkenaan kemudian menerangkan implikasi yang mungkin berlaku, iaitu risiko bayi mati di dalam kandungan amat tinggi kerana 'terlebih minggu' gara-gara tarikh tidak tepat yang diberikan oleh si ibu.

"Sebenarnya tidak perlu takut kepada proses bersalin. Bertanyalah dengan mereka yang bekerja dalam bidang ini, untuk kepastian.

"Pesan saya jangan buat macam ini lagi. Pepatah ada menyebut sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain