“Dah tak ada kesan pada saya” - Ops sorry! YouTuber tak akan berhenti ‘speaking’ dalam video walau dikecam

Irdina akui kini tidak lagi berkecil hati dengan komen-komen sedemikian setelah dua tahun menjadi YouTuber.

PERKONGSIAN video seorang YouTuber muda yang berbicara dalam bahasa Inggeris tidak terkecuali menerima komen-komen negatif segelintir individu.

Menurut Irdina Hani Muhammad Rasli, 18, dia hairan apabila masih ada individu yang memiliki mentaliti sebegitu sehingga sanggup mempertikaikan penggunaan bahasa yang digunakannya.

Mula menghasilkan video YouTube sejak dua tahun lalu, gadis kacukan Melayu, Cina dan Melanau itu mengakui pernah berkecil hati setiap kali menerima komen negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan sebuah kuali baharu, makcik umur 61 tahun kini jadi Youtuber... anak dedah “setiap komen dia baca”

"Saya banyak buat video mengenai pendidikan. Video pertama saya mengenai cara-cara mendapat semua A dalam peperiksaan.

"Masa mula dulu, saya agak terasa. Sekarang saya dah OK sebab selalu dapat komen macam tu. Dulu memang rasa down.

"Dah selalu dapat komen berunsur kebencian, dah tak ada kesan pada saya. Dan saya tak akan pernah berhenti guna bahasa Inggeris," ujarnya kepada mStar.

Irdina berkongsi kisah komen-komen jahat itu menerusi laman Twitter miliknya.

Mesra disapa Irdina, dia bagaimanapun mengakui jarang berdepan komen sebegitu dalam realiti persekitaran kehidupannya.

Menetap di Kuching, Sarawak, Irdina berkata dia juga sudah terbiasa bergaul dengan pelbagai bangsa sekali gus menjadikan dirinya selesa bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Komen macam tu di YouTube sahaja. Macam saya dulu sekolah aliran Cina. Membesar dalam environment bercampur.

Ramai yang cakap pada saya, mereka mahu bertutur dalam bahasa Inggeris tapi takut kena judge. Kesian mereka.

IRDINA HANI MUHAMMAD RASLI

YOUTUBER

"Jadi tak ada komen begitu dalam kehidupan sebenar," ujarnya.

Pesan Irdina, usahlah menghakimi bahasa yang digunakan kerana ilmu yang disampaikan lebih penting dan patut diberi keutamaan.

"Jangan cepat judge sebab kita tak tahu apa kesan kata-kata yang disampaikan itu.

Antara komen yang diterima di YouTube.

"Ramai yang cakap pada saya, mereka mahu bertutur dalam bahasa Inggeris tapi takut kena judge. Kesian mereka.

"Dalam hidup ni kita nak improve diri, sebab orang yang negatif, orang lain akan rasa down," ujarnya lagi.

Di Twitter, Irdina berkongsi paparan skrin komen individu yang mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris olehnya.

Antara video yang dihasilkan di YouTube.

"Ni b**oh. Orang Malaysia cakap Malaysialah. Tak payahlah nak cakap English sangat.

"An**ng bangga dengan bahasa English. Kita patut bangga dengan negara sendiri. B**oh, ' tulis individu itu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain