Anak menyusul sejam selepas jadi orang pertama turun ke liang lahad kebumi ibu... terjawab persoalan ‘beli cangkul baharu tapi tak pernah guna’

Abang sulung Mohd Shari iaitu Shuhaimi (berbaju Melayu biru) merupakan orang pertama yang turun ke liang lahad sewaktu pengkebumian ibu mereka, sebelum meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

"HANYA selepas sejam selesai kebumikan mak, abang sulung kami, Shuhaimi Saidin turut dijemput pergi buat selamanya."

Demikian coretan Mohd Shari Saidin yang begitu meruntun hati ketika berkongsi kisah sedih mengenai pemergian ibu dan abang tersayang, Sabtu lalu.

Ibarat kisah yang dipaparkan di drama televisyen, namun itulah realiti yang perlu ditempuhi oleh lelaki ini sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Perginya mengejut, bapa tunggal hiba anak 4 bulan demam panas rindukan ibu – “Saya gantung baju arwah tepi baby cot, pakai minyak wangi arwah”

ARTIKEL BERKAITAN: Siswa tiba-tiba terjaga tidur, rupa-rupanya petanda bakal dapat khabar duka - “Sepanjang perjalanan, air mata tidak henti-henti mengalir”

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Shari berkata sungguhpun dirinya reda dengan pemergian dua insan kesayangannya itu, namun sehingga kini dia sendiri masih lagi 'menghadam' apa yang berlaku kerana semuanya terjadi terlalu pantas.

Mengimbas kembali episod duka itu, Mohd Shari berkata segala-galanya bermula pada 23 Jun lalu apabila ibunya, Ishah Kasa, 65, mengadu sakit dada.

"Pagi tu mak okey saja, siap boleh ke kedai, berjalan bersembang di rumah jiran. Tapi petang tu dia mengadu sakit dada. Sampai di Klinik Kangar doktor check bacaan jantung mak tak berapa cantik, mak terpaksa ditahan wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar," ujarnya sambil menambah, arwah sememangnya mempunyai sejarah darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi.



Gambar kenangan Mohd Shari (kiri) bersama arwah ibu dan abang sulungnya (kanan).

Beberapa hari dirawat, Mohd Shari berkata keadaan ibunya bertambah pulih dan semakin ceria, malah arwah juga berselera menikmati makanan.

"Hari kedua mak di hospital, dalam pukul 4 petang, abang sulung kami, Shuhaimi Saidin tiba dari Manjung dan terus ziarah mak di hospital. Abang balik dengan membawa isteri dan 4 orang anaknya, manakala anaknya yang sulung di Kuala Kangsar... tak sempat untuk abang jemput," ujar lelaki berusia 33 tahun ini.

Menurut Mohd Shari, sungguhpun arwah ibunya menunjukkan tanda-tanda kembali pulih selepas tiga hari dirawat, namun dia masih belum dibenarkan pulang kerana memerlukan pemantauan daripada doktor susulan bacaan untuk jantung tidak normal.

"Hari keempat iaitu Jumaat, mak menghembuskan nafas terakhir dalam tidur, lebih kurang pukul 5.30 petang. Kami anak beranak hanya tinggalkan mak sekejap saja. Jiran katil sebelah dan depan mak pun tak sedar mak hembuskan nafas terakhir waktu mana.

"Sebabkan terkejut dengan pemergian mak, saya jadi lemah dan terpaksa diberi bantuan oksigen. Ketika itulah, abang sulung saya ni yang tenangkan saya, tepuk-tepuk belakang dan minta saya kuat, jangan lemah. Tak sangka, rupa-rupanya itulah petanda dia nak pergi menyusuli mak," ujar juruteknik komputer di sebuah sekolah menengah di Kaki Bukit, Perlis ini.



Abang sulung Mohd Shari iaitu Shuhaimi (berbaju Melayu biru) merupakan orang pertama yang turun ke dalam liang lahad ketika pengkebumian ibu mereka.

Tambah Mohd Shari, pada hari pengkebumian ibu mereka pagi Sabtu lalu, abang sulungnya itu adalah individu yang paling sibuk dalam memastikan urusan tersebut berjalan dengan lancar, malah menjadi orang pertama yang turun ke liang lahad.

"Urusan pengkebumian mak selesai dalam pukul 11.15 pagi. Ketika kami di rumah melepaskan lelah, tiba-tiba abang yang sedang duduk depan kipas angin mengadu sakit dada dan kelabu mata, seolah-olah nak pengsan. Masa tu memang kecoh.

"Kami cuba beri bantuan awal sementara ambulans sampai. Masa tu badan abang dah sejuk. Sepuluh minit dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans, abang dah mula tak sedarkan diri. Bantuan oksigen terus diberikan dalam ambulans. Namun Allah lebih menyayanginya.

Beriya-iya beli kononnya nak bercucuk tanam tapi tak guna pun... cangkul itu disimpan saja. Tak sangka, rupanya ia digunakan untuk cangkul tanah kubur dua insan kesayangan.

MOHD SHARI SAIDIN

"Abang disahkan meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari akibat sesak nafas. Saat mendengar perkhabaran itu, Allah... tak tahu saya nak kata apa. Hanya isteri yang tenangkan. Belum sempat saya tukar seluar yang kotor tadi, kini perlu ke tanah perkuburan semula untuk pengkebumian abang," ujarnya yang merupakan anak keempat dari enam adik beradik.

Menurut Mohd Shari, jenazah abang sulungnya selamat dikebumikan pada pukul 6.30 petang.

"Sedih sangat apabila kehilangan dua insan kesayangan dalam selang masa yang singkat. Arwah abang sihat sewaktu ziarah arwah mak. Memang tak ada tanda-tanda pun.



Salah satu status Facebook Mohd Shari selepas abang sulungnya menghembuskan nafas terakhir.

"Cuma isterinya iaitu kakak ipar berkata, pernah arwah minta dia belajar bawa kereta. Kakak ipar boleh memandu cuma kurang cekap. Tapi kakak ipar kata nanti dulu, belum masanya.

"Ada lagi satu peristiwa aneh, di mana saya sendiri sebelum ni ada beli sebatang cangkul waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Beriya-iya beli kononnya nak bercucuk tanam tapi tak guna pun... cangkul itu disimpan saja.

"Tak sangka, rupanya ia digunakan untuk cangkul tanah kubur dua insan kesayangan. Sungguhpun berat ujian ini untuk kami sekeluarga, saya reda dan bersyukur, kedua-duanya 'pergi' dengan begitu mudah," ujarnya menutup bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

abang, ibu, sakit dada, cangkul, kereta

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain