suria

Sukar dipercaya! Pelajar berhenti di highway, kongsi IG Story mengenai microsleep sebelum maut terbabas - “Dia dah dua kali tertidur”

Allahyarham ada berkongsi Instagram Story berkaitan microsleep sebelum maut terbabas pada Ahad petang.

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan.

Begitulah kisah melibatkan seorang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, apabila dia dikejutkan dengan berita kematian rakannya pada Ahad petang.

Menurut Mohd Fazli Abd Rashid, dia dimaklumkan bahawa Amin Faiz Nohani meninggal dunia selepas terbabas sewaktu menunggang motosikal dari Kluang, Johor untuk kembali ke kampus bagi melengkapkan tugasan tahun akhir (FYP).

ARTIKEL BERKAITAN: Bahana microsleep, ramai tak puas hati kereta belakang tak hon, “Geram siapa yang record ni, ko memang selfish!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga

Mesra disapa Fazli, dia memberitahu rakannya itu ada membuat satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam sebelum kejadian.

"Instagram Story tu arwah post dalam tengah hari, sebelum kemalangan. Dia kata tak mahu berlaku microsleep, dia dah dua kali berhenti sebab tertidur atas motor.

"Dalam pukul 3 petang saya dapat mesej dalam grup, kata dia dah meninggal dunia akibat kemalangan. Terbabas di Kilometer 224, Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur, susur Pedas Linggi.

Kejadian melibatkan pelajar itu berlaku pada Ahad petang. (foto: Negeri Sembilan Kini).

"Mula-mula baca tu, saya tertanya-tanya, Amin yang mana satu ni? Saya cuba call kawan-kawan. Tak percaya sebab member sendiri kan," ujarnya kepada mStar.

Masing-masing berusia 23 tahun, Fazli mengakui tumpah air mata mengenangkan pemergian mengejut rakannya itu selepas hampir tiga tahun mengenali antara satu sama lain.

Malah katanya, mereka kali terakhir bertemu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu.

Mula-mula baca tu, saya tertanya-tanya, Amin yang mana satu ni?

MOHD FAZLI ABD RASHID

RAKAN

"Memang sedih, tumpah air mata. Last jumpa pun sebelum PKP. Memang dah lama.

"Dia seorang yang sangat baik. Last contact pun kat Instagram sebab dia selalu share pasal fitness dan sebagainya.

Instagram Story yang dikongsi sebelum berlakunya kemalangan.

"Paling terkilan tak sempat beli kek yang arwah buat. Terkilan tak sempat rasa. Macam-macam variasi kek, arwah buat sendiri.

"Dia ada buat perniagan sampingan, cream puff pun ada," kata penuntut bidang kejuruteraan awam yang menetap Negeri Sembilan itu.

Fazli akui hiba mengenangkan pemergian rakannya itu.

Menurut Fazli, dia dimaklumkan Allahyarham dibawa ke Hospital Tampin selepas kejadian dan dibawa pulang ke kediaman keluarga pada Isnin sebelum dikebumikan pada hari sama.

Dalam pada itu, Fazli turut berkongsi kisah pemergian rakannya di Twitter sehingga ia menjadi tular dan mengundang sebak netizen.

Malah, ramai yang turut menzahirkan rasa sedih dan mengirimkan ucapan takziah atas berita yang dikongsi Fazli.

Menurut laman web Majalah Sains, microsleep merupakan satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat.

Ia terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain