Bahana microsleep, ramai tak puas hati kereta belakang tak hon, “Geram siapa yang record ni, ko memang selfish!” - Viral | mStar

Bahana microsleep, ramai tak puas hati kereta belakang tak hon, “Geram siapa yang record ni, ko memang selfish!”

Paparan skrin rakaman tular berkenaan.

TAHNIAH yang tukang record ni. 45 saat anda boleh menyelamatkan nyawa, demikian komen seorang netizen berhubung satu video kemalangan yang tular.

Video tersebut memaparkan sebuah kereta di mana pemandunya dipercayai dalam keadaan microsleep sehingga ia merempuh sebuah lori semasa di lebuhraya.

Dimuat naik sejak Sabtu lalu menerusi laman Twitter @My_CrimeWatch, rakaman berkenaan sehingga kini menerima lebih 900,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada masa sampai dua minggu tak laku” - Nak tolong orang lain, lelaki ini ‘hilang’ satu kaki... anak pula ada tumor

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga

Posting berkenaan dihujani dengan pelbagai komen daripada pelayar Twitter.

Selain berkongsi mengenai pengalaman sendiri, ada juga yang turut mengecam individu yang merakam video berkenaan.

Kata netizen, individu yang merakam video tersebut sepatutnya membunyikan hon agar pemandu berkenaan tersedar.

Ya Allah kalau record boleh, kenapa hon tak boleh??? Kesal nya aku tengok video ni, geram dengan siapa yang record ni! Ko memang selfish.

NETIZEN

Namun, mereka bagaimanapun tidak melakukan apa-apa tindakan, sebaliknya meneruskan rakaman seperti biasa.

"I pernah microsleep, second lane sampai termasuk fast lane. Orang belakang hon terus segar mata. And ada jugak I jumpa orang microsleep, cepat-cepat I lajukan kereta sambil hon panjang biar dia terkejut. Hon ni kadang berguna untuk orang macam ni. Bukan rakam pastu viral.

"Pernah kena hon sebab microsleep time driving, fuh terus hilang rasa ngantuk sebab tersentak. So, hon ajelah kalau nampak orang mandu camni.

"Ya Allah kalau record boleh, kenapa hon tak boleh??? Kesalnya aku tengok video ni, geram dengan siapa yang record ni! Ko memang selfish," tulis beberapa netizen.

Paparan skirn posting berkenaan di Twitter.

Bagaimanapun, lokasi serta tarikh kejadian tidak dapat dipastikan.

Selain komen-komen sedemikian, pengguna Twitter turut memberi nasihat dan mengingatkan pemandu di luar sana agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Malah, mereka yang mengantuk disarakan menghentikan kenderaan terlebih dahulu sebelum meneruskan pemanduan ke destinasi.

Menurut laman web Majalah Sains, microsleep merupakan satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat.

Ia terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

microsleep , kemalangan , rakam video

Artikel Lain