Hanya menunggu saat dihukum gantung, banduan kes bunuh ini bikin kecoh rakam video dakwa tak bersalah!

Paparan skrin video menunjukkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai banduan yang dijatuhi hukuman gantung dan tidak bersalah di atas kesalahannya itu.

KECOH mengenai video yang kini tular menunjukkan seorang lelaki mendakwa dirinya banduan yang dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh, dia bagaimanapun mendakwa dirinya tidak bersalah dalam kes tersebut.

Lelaki berusia 37 tahun itu mendakwa ditahan di Penjara Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan dan sedang menunggu hukuman gantung dilaksanakan.

Sambil memakai baju warna putih berkolar merah, lelaki itu memaklumkan rakaman itu dibuat pada pukul 8.40 pagi, 2 September lalu.

“Dalam kes ini, saya memang tak bunuh. Sumpah demi Allah saya tak bunuh tapi sekarang saya kena tunggu hukuman gantung. Tangan saya memang tak ada bunuh.

“Empat orang tanggung termasuk saya nak kena gantung, tak tahu bila,” katanya menerusi video berdurasi 4 minit dan 23 saat yang tular di media sosial.

Menurut lelaki itu, ketika kejadian umurnya 19 tahun dan ditahan pada 2002. 

“Sekarang sudah 2019, masa itu saya 19 tahun mana tahu apa yang baik dan tidak baik, apapun saya tidak tahu. Masa kejadian, memang saya ada tapi saya tak bunuh.

“Tapi sekarang saya tanggung (hukuman), tunggu mahu mati,” tambahnya.

Ruang dalam penjara yang dirakaman oleh lelaki berkenaan.

Dia kemudian membuat rayuan agar ada pihak tampil membantunya supaya diberi peluang kedua.

“Saya minta tolong rakyat Malaysia. Orang awam saja boleh tolong saya. Tengok video ni, tak payah like atau komen, tapi tolong kongsi supaya mereka dapat ulang kaji balik kes saya.

“Ini peluang terakhir, saya minta tolong. Saya buat video ni bukan nak kasi saya popular tapi saya minta tolong untuk beri peluang.

“Saya pun ada perasaan. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, tapi  manusia boleh berubah. Berilah saya satu peluang,” katanya.

Jurucakap Jabatan Penjara ketika dihubungi mStar menyedari video tersebut yang kini tular di media sosial.

Katanya, Jabatan Penjara sedang melakukan siasatan dalaman secara menyeluruh berhubung penularan video berkenaan.

“Ibu pejabat Jabatan Penjara sedang melakukan siasatan dalaman secara menyeluruh mengenai video tersebut, termasuk dari segi kesahihannya,” katanya.

Ditanya bagaimana telefon bimbit boleh dibawa masuk ke dalam sel penjara memandangkan penggunaannya di dalam kawasan itu adalah dilarang, jurucakap itu hanya berkata: “Tunggu dulu siasatan dalaman Jabatan Penjara mengenai kesahihannya.”

“Kita akan keluarkan satu kenyataan media apabila siasatan dalaman lengkap dijalankan,” kata jurucakap Jabatan Penjara.

gantung, bunuh, banduan, Jabatan Penjara

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain