“Siapa suruh tayang” - Kecoh lelaki tak boleh kawal nafsu tengok wanita tak tutup aurat, anggap pakaian punca kes rogol

Ramai luah rasa berang atas satu kenyataan tular yang menyalahkan mangsa rogol kerana mendedahkan aurat. - Gambar hiasan

"BERHATI-hati pilih suami."

Demikian pesan seorang individu di Twitter setelah dia menularkan satu paparan skrin direct message (DM) Instagram pada Sabtu.

Dia terlebih dahulu memuatnaik satu pertanyaan di Instagram yang berbunyi: "Yang mana patut disalahkan? Mangsa rogol atau perogol.

ARTIKEL BERKAITAN: “Otak pencabul ni busuk” - Pakaian bukan isu, pakar motivasi dedah kisah pelajar jadi mangsa nafsu guru dalam makmal komputer

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual trauma dirinya terus jadi mangsa cabul, terbaharu lelaki gila seks berseluar pink nak try dalam tandas - “Saya ni taklah handsome sangat”

Kemudiannya, seorang lelaki secara selamba menjawab ringkas: "Siapa suruh tayang."

Jawapan itu seolah-olah memberi bayangan bahawa mangsa patut dipersalahkan kerana berpakaian tidak sempurna sehingga mengundang nafsu si perogol.

Malah katanya lagi, wanita itu wajib dirogol sekiranya dia menayangkan auratnya.

Ada lelaki berpendapat wanita patut disalahkan dalam kes rogol kerana pakaian mereka yang tidak menutup aurat.

Seorang lagi individu turut menjawab soalan itu dengan jawapan yang sama.

Ujarnya, wanita patut dipersalahkan akibat menggoda si perogol kerana tidak menjaga aurat.

Kata-kata lelaki itu ternyata mengundang kemarahan ramai sehingga menimbulkan perdebatan netizen.

Lelaki patut control nafsu, perempuan jaga aurat, habis cerita.

PELAYAR TWITTER

Selain berang, netizen turut mengemukakan pendapat masing-masing dalam menangani isu itu secara wajar dan berhemah.

"Untuk hadam bahawa ada orang dengan mentaliti sebegini hidup dalam kalangan kita, jijik.

"Allahu takutnya lelaki sekarang. Allah selamatkanlah aku dari lelaki sebegini.

"Ya Allah ceteknya pemikiran. Senang je cakap macam tu. Apa perasaan mangsa rogol kalau baca ni.

Antara paparan skrin DM yang ditularkan.

"Lelaki patut control nafsu, perempuan jaga aurat, habis cerita.

"Boys cuba bayangkan orang buat kat mak korang, kakak korang, adik perempuan korang.

"Saya sangka saya bodoh, ada lagi yang lebih bodoh," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada pelayar di Twitter berjenaka kononnya mahu berkahwin dengan diri sendiri dan kucing mereka kerana risau dengan pemikiran lelaki masa kini.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

rogol, magsa, lelaki, aurat

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain