suria

“Bukan kereta yang dia bagi, tapi amanah” - Pemuda lega tiba-tiba dapat bantuan selepas van bawa jenazah terlibat kemalangan

Kata Yunizam (gambar), dua kru terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lalu.

DALAM duka yang melanda, hadir pula rezeki tidak terduga.

Begitulah kisah penyedia khidmat van jenazah percuma di sekitar Sabah yang dikenali sebagai Yunizam Yusof atau Abam Botak.

Pada Jumaat lalu, dua orang kru terlibat dalam kemalangan sewaktu bergerak pulang setelah menghantar jenazah di Kampung Tambatuon, Kota Belud.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu kelu, 2 kali tumpah air mata lihat bapa daif 5 jam peluk jenazah anak, “Dia masuk van, kami dah mula menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Runner’ sanggup mandi, kafan, kebumi jenazah secara percuma sentuh hati netizen

Namun jejaka berusia 32 tahun itu menerima berita gembira pada pagi Ahad apabila seorang individu dari Johor menawarkan sebuah kereta pacuan empat roda untuk digunakan dalam khidmat tersebut pada masa akan datang.

"Masa tu jenazah sudah dihantar dan dikebumikan. Dua kru saya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta, tapi mereka semua cedera ringan sahaja.

"Kereta masuk longkang. Tapi pada masa tu saya berada di Sandakan. Saya bergegas ke sana, enam jam perjalanan juga. Kenderaan yang rosak masih berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Belud.

Yunizam yang berada dari Sandakan terus ke Kota Belud selepas dimaklumkan akan kejadian itu.

"Tapi dah ada orang tawarkan untuk baiki. Cuma saya perlu beli barang sahaja. Pagi ini pula ada orang dari Johor nak sedekahkan kereta untuk kami," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai tawaran itu, Yunizam mengakui bersyukur apabila ada pihak yang sudi membantu.

Namun katanya, kenderaan itu dianggap sebagai satu amanah besar untuk dirinya dalam meneruskan kerja-kerja kebajikan di sekitar negeri itu khusus untuk mereka yang memerlukan.

Ada anggota polis tawarkan untuk sambung perjalanan kru saya hantar jenazah pada waktu itu. Tapi mereka maklumkan jenazah sudah dihantar.

YUNIZAM YUSOF

PENYEDIA KHIDMAT VAN JENAZAH PERCUMA

"Sekarang masih dalam proses, saya anggap macam satu hikmah. Sebenarnya bukan kereta yang dia bagi, tapi amanah.

"Dia mahu kereta itu dimanfaatkan untuk kebaikan. Jadi tak baik kalau saya tolak. Saya tak boleh berseronok tapi tu adalah amanah," ujarnya lagi.

Kata Yunizam, dia kini mempunyai lima kenderan yang digunakan untuk mengnatar jenazah dan orang sakit.

Dua kru terlibat hanya mengalami cedera ringan.

Namun, dua sudah berada dalam keadan uzur, satu baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan dua lagi masih boleh digunakan seperti biasa.

Dalam masa sama, Yunizam turut menzahirkan rasa terima kasih buat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak membantu sewaktu kemalangan tersebut.

"Ada anggota polis tawarkan untuk sambung perjalanan kru saya hantar jenazah pada waktu itu.

Yunizam menyediakan khidmat penghantaran jenazah percuma di sekitar Sabah.

"Tapi mereka maklumkan jenazah sudah dihantar. Hanya ada kru dalam van itu. Semua saling bantu, terima kasih sangat-sangat," katanya.

Sebelum ini, Yunizam pernah mendapat liputan mStar atas usaha murninya menjalankan khidmat van jenazah percuma buat warga Sabah.

Malah, banyak kisah duka yang meruntun jiwa turut dikongsikan Yunizam sepanjang dia melakukan kerja kebajikan itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain