suria

Mengejutkan! Petugas makmal hospital dedah hakikat nafsu serakah tak kenal mangsa, tempat - “Dari meraba sehingga tiada pilihan melainkan melayan”

Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan berkongsi pengalamannya yang terlibat menganalisis sampel mangsa kes rogol.

KES rogol bukanlah satu isu baharu di negara kita.

Kerap kali kita dihidangkan dengan berita membabitkan jenayah seksual ini, sama ada pelakunya merupakan orang yang dikenali mangsa mahupun sebaliknya.

Memetik kenyataan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), badan ini menganggarkan kira-kira 80 peratus mangsa yang mendapatkan bantuan mendakwa mereka diserang oleh individu yang dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?” - Anak jadi mangsa nafsu rakan bapa, hanya menggigil tahan air mata dengar penjelasan doktor

ARTIKEL BERKAITAN: “Otak pencabul ni busuk” - Pakaian bukan isu, pakar motivasi dedah kisah pelajar jadi mangsa nafsu guru dalam makmal komputer

Memang benar, nafsu serakah sememangnya tidak mengira siapa mangsanya dan jangan terkejut kerana jenayah seksual ini boleh berlaku di rumah sendiri, iaitu tempat yang dianggap selamat.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang pelayar mendedahkan pengalamannya sendiri yang saban minggu 'berdepan' dengan kes membabitkan jenayah seksual itu.



Yun membuat perkongsian di Twitter mengenai kes rogol bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

"Hampir setiap minggu ada kes rogol," tulisnya pada posting tersebut sambil memuatnaik gambar salinan laporan kes berkenaan yang tidak mendedahkan butiran peribadi mangsa.

"Ini hanyalah beberapa kes. Percaya atau tidak, waktu PKP lagi banyak. Even budak umur below 10 tahun pun ada. Dilakukan oleh orang yang dikenali," tulisnya lagi pada perkongsian tersebut.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih sehingga 16,300 retweet dan mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.



Yun sudah lima tahun bertugas sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di sebuah hospital di pantai timur.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Yun berkata, dia tergerak untuk membuat posting berkenaan kerana berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman selain memberi mesej kesedaran kepada masyarakat.

"Sebagai seorang Juruteknologi Makmal Perubatan di sebuah hospital, bidang kerja saya tak berkait secara terus dengan kes rogol. Bidang ini tak jumpa pesakit sebaliknya kami menerima sampel pesakit.

"Contohnya sampel darah dan swab dari vagina. Swab ini untuk menentukan sama ada pesakit mempunyai penyakit kelamin (STD) yang diakibatkan dari aktiviti seksual.

"Antara kes yang bagi saya agak teruk sepanjang menjalankan ujian sampel ini adalah membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

"Betapa sedihnya bila baca laporan doktor bahawa mangsa diperlakukan oleh dua orang yang dikenalinya," katanya.

Ada seorang gadis ini mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa adik lelakinya sendiri yang berusia 13 tahun. Bermula dari meraba sehinggalah semakin teruk dan dia tiada pilihan melainkan terpaksa melayan.

YUN

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Yun berkata dia banyak menerima mesej menerusi Direct Message (DM) di Twitter yang majoritinya meluahkan pengalaman masing-masing.

"Ada seorang gadis ini mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa adik lelakinya sendiri yang berusia 13 tahun. Bermula dari meraba sehinggalah semakin teruk dan dia tiada pilihan melainkan terpaksa melayan.

"Kebanyakan daripada gadis yang DM saya bercerita pengalaman dan meminta nasihat tentang apa yang patut dilakukan.

"Mereka mengaku tak bercerita hal sebenar kepada keluarga kerana takut dan bimbang apa yang disampaikan itu tak dipercayai. Jadi saya cuba membantu dengan serba sedikit panduan dan nasihat serta menjadi pendengar setia.



Hampir 80 peratus mangsa jenayah seksual mengenali si pelaku. Gambar sekadar hiasan.

"Apa yang saya nasihatkan, mereka kena bersuara dan usah berdiam diri. Seperti seorang gadis yang kongsi pengalaman di DM, dia buat laporan polis, dia betul-betul berjuang dan akhirnya si pelaku dipenjara," cerita gadis berusia 27 tahun ini.

Dalam masa yang sama, Yun berkata menerusi perkongsian tersebut juga, dia ingin menyebarkan kesedaran kepada masyarakat khususnya agar tidak mempunyai stigma negatif terhadap mangsa.



Antara komen netizen yang memberi maklum balas terhadap perkongsian Yun.

"Isu ini sangat sensitif. Kebiasaannya masyarakat punya stigma yang menyalahkan mangsa sebagai faktor berlakunya rogol. Ada yang kata ia disebabkan pemakaian mangsa. Kena ingat, perogol tak pandang pakaian ataupun umur.

"Tak semua kes rogol adalah berpunca dari mangsa. Dalam pada itu, sebagai orang terdekat, kita kena selalu alert dengan keadaan ahli keluarga sendiri. Kalau nampak ada perubahan atau yang pelik, jangan buat tak tahu.

"Bantulah mangsa dengan jangan berdiam diri. Sekurang-kurangnya kalau ada yang nak berkongsi cerita, cuba bantu mereka sehabis mungkin. Dengan ini, mereka akan rasa selamat dan dilindungi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rogol, sampel, makmal, mangsa

Artikel Lain