suria

Awas! Doktor ‘buru’ rakan petugas kesihatan cari duit poket lebih dengan cara salah - “Saya tengok masyarakat hanya membawang...”

Ramai netizen turut bersetuju agar pegawai kesihatan yang berniaga produk sampah diambil tindakan kerana ia boleh mengelirukan orang awam.

BUKA sahaja mana-mana laman sosial, anda pastinya akan dihidangkan dengan lambakan iklan produk kecantikan dan kesihatan.

Namun, adakah ia mampu memberi solusi kepada masalah anda atau sekadar produk ‘sampah’ yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Terbaharu, pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah sekali lagi tampil memperkatakan isu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘kritikal’! Dakwa pesakit Covid-19 sembuh selepas 8 hari minum produk mereka - “Saintis tak tidur malam, kau sedap je cari untung”

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah," kata Dr Amalina kepada isteri Aliff Syukri

Beliau bagaimanapun mempunyai satu misi, mahu menjejaki petugas-petugas kesihatan yang turut sama menjual produk-produk tersebut.

"Ooo rupanya ramai ye petugas kesihatan yang jual 'produk sampah'. Saya tengok masyarakat hanya membawang, malas nak komplen atau mungkin takut.

"Jadi, saya nak anda PM (private message) saya nama penuh, tempat kerja mereka dan 'screenshot' bukti menjual. Yang kerja KKM. Minggu ini saya Sispaa (Sistem Pengurusan Aduan Awam) kan mereka," ujar Dr Rafidah.

Dr Rafidah Abdullah.

Tambah Dr Rafidah, sesiapa yang mahu membantunya perlu menyertakan nama penuh, tempat kerja dan paparan skrin bukti untuk memudahkan urusan membuat laporan.

Menerusi satu lagi posting berasingan pada Selasa, Dr Rafidah menzahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang menyalurkan maklumat buatnya.

"Sibuk saya hujung minggu ni ber-Sispaa. Yang tak cukup bukti, saya akan minta info lagi.

Saya tengok masyarakat hanya membawang, malas nak komplen atau mungkin takut.

DR RAFIDAH ABDULLAH

PAKAR PERUNDING NEFROLOGI

"Perlu diingatkan staf kesihatan tidak boleh menjual apa-apa produk kesihatan, sampah atau tidak. Conflict of interest," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen turut menyuarakan sokongan mereka terhadap tindakan Dr Rafidah.

Malah, ada yang tampil berkongsi pengalaman sendiri berdepan doktor dan jururawat yang mempromosikan produk kesihatan kepada mereka.

Posting Dr Rafidah di Facebook.

"Saya pernah, masa bersalin anak nombor dua. Ada nurse ni datang jual macam-macam produk.

"Mereka tak fikir benda lain dah. Janji niaga dapat duit.

"Memang tak ada ada masalah tambah income. Kalau tambah penyakit, siapa yang menanggung?

"Lambatlah jadi kaya nanti," perli seorang lagi pelayar Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain