suria

Cayalah cikgu! Sebelum ni guna green screen, kali ni bawa lighting terus ke sekolah... akan datang mini studio - “Ni level photographer dah”

Siti Faridah sewaktu sesi penstriman video di saluran YouTube sekolahnya Sabtu lalu.

PENGORBANAN guru dalam mendidik anak bangsa sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Dari dulu hingga kini, banyak pengorbanan yang dilakukan mereka bagi memastikan anak didik masing-masing menjadi insan berguna.

Begitu juga dengan usaha gigih seorang guru wanita ini yang mana dia cukup gigih dalam menghasilkan video untuk muridnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat cuba resepi viral, tonton drama Korea pun tidak... tapi rakan sekelas penyanyi Yuna ini dapat skil baharu - “Ada cakap cikgu makan gaji buta sepanjang PKP”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar nak beli peti ais, lelaki ini beri penerangan lengkap ketika ditahan... akhirnya polis dapat kesan pekerjaannya

Siti Faridah Matt, 34, sebelum ini pernah tular kerana menggunakan teknik layar hijau (green screen) untuk rakaman video kepada muridnya.

Kali ini, dia menggunakan peralatan pencahayaan persis studio fotografi profesional dalam menghasilkan satu video YouTube pada Sabtu lalu.

Dikongsi di laman Twitter, foto itu ternyata menarik perhatian ramai sehingga timbul pujian atas usaha gigihnya.

Pengetua, Cikgu Fuziah turut terlibat dalam penstriman video tempoh hari.

Bercerita kepada mStar, Siti Faridah berkata, foto itu dirakam sewaktu sesi penstriman video untuk saluran YouTube sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis.

"Itu rakaman pada Sabtu lepas, saya dan pentadbir sekolah termasuk pengetua dan penolong kanan membuat penstriman video di YouTube.

"Saya jadi moderator dan bawa sendiri lighting tu untuk digunakan. Sebelum ni pun saya dah guna untuk pengajaran dalam talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," ujarnya.

Kami juga dalam usaha untuk buat mini studio di sekolah.

SITI FARIDAH MATT

GURU

Menurut Siti Faridah, peralatan pencahayaan itu dibeli sendiri dengan bantuan suaminya, Mohd Hafizuddin Ahmad Dahalan.

Kata Siti Faridah, dia juga memuji warga pentadbir di sekolahnya yang berani tampil dalam video berjudul 'Taklimat Pengoperasian Sekolah Pasca PKP' itu.

Dalam pada itu, dia memaklumkan pihak sekolah juga sedang berusaha untuk membina sebuah studio di sekolah bagi memudahkan urusan penghasilan video pada masa akan datang.

Sebahagian guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis.

Malah, dia juga berbesar hati jika ada mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sumbangan bagi merealisasikan hasrat itu.

"Pentadbir sekolah saya banyak tunjuk contoh yang baik buat guru. Malah, mereka berani untuk tampil biarpun tak pernah streaming sebelum ini.

"Kami juga dalam usaha untuk buat mini studio di sekolah, sekarang guna peralatan daripada cikgu-cikgu dahulu, juga sumbangan beberapa pihak," katanya lagi.

Menerusi liputan sebelum ini, Siti Faridah mengakui teknik baharu yang digunakan itu bertujuan menarik minat murid-murid khususnya dalam tempoh PKP yang memerlukan mereka menjalani pengajian secara dalam talian.

Siti Faridah tular sebelum ini kerana menggunakan teknik layar hijau untuk menghasilkan video buat muridnya.

Malah katanya, video yang dihasilkan bukan sahaja boleh ditonton anak didiknya malah boleh juga memberi manfaat buat pelajar-pelajar di sekolah lain.

Dalam pada itu, posting Siti Faridah di Twitter turut menerima komen netizen yang mana rata-ratanya memuji usaha yang dilakukan.

"Penuh dedikasi. Pelajar kamu sangat bertuah. Tahniah.

"Ni level photographer dah ni.

"Fuh cikgu generasi baharu, hebat.

"Kalau pelajar tak faham lagi tak tahulah. Dah habis terang tu," tulis seorang lagi individu secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain