suria

Tiada lagi azan, solat jemaah... Nurse rindu suasana rawat pesakit Covid-19, sayu wad lengang tapi syukur ramai dah pulih - “Baju berlapis-lapis bukan baju raya kami”

Seorang jururawat berkongsi luahan mengenai pengalaman manisnya sepanjangkan ditugaskan di sebuah wad pesakit Covid-19.

“SELAMAT tinggal memori Covid-19”

Lebih sebulan ditugaskan di sebuah wad yang menempatkan pesakit Covid-19, jururawat ini meluahkan rasa syukur kerana semua penghuninya sudah disahkan sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Menurut jururawat yang enggan dikenali itu, sungguhpun bersyukur namun pengalaman ditugaskan di wad berkenaan merupakan memori indah yang tidak dapat dilupakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster kayangan terbiasa layanan VVIP, sampai sanggup ugut doktor – “Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali”

ARTIKEL BERKAITAN: Sebar prosedur 'nampak ngeri' di media sosial... doktor kesal, tak sudah-sudah berdepan perangai rakyat Malaysia - “Tengok komen, memang boleh panas hati”

Lebih-lebih lagi apabila melihat sendiri sisi sebenar pesakit yang mengisi kebanyakan waktu dengan aktiviti kerohanian selama menerima rawatan.

“Sayu bila tengok ward kami dah lengang, tiada patient Covid-19. Dah tak ada dengar suara laungan azan, ayat suci Al-Quran dan solat berjemaah.

“Terkesan di hati rindu saat ada mereka yang muliakan agama mu Ya Allah walaupun diuji diasingkan dari keluarga dan masyarakat sekeliling.



Seorang jururawat berkongsi pengalaman ditempatkan di sebuah wad pesakit Covid-19.

“Sebak apabila malam 4 Ramadan mereka menunaikan tarawih diketuai imam pesakit tabligh dan diakhiri dengan takzirah yang terkesan di hati pesakit dan juga kami frontliners yang bertugas, ” tulis jururawat berkenaan.

Tambah jururawat tersebut, dia pasti akan merindui saat-saat ketika ditugaskan merawat dan menjaga kesemua pesakit yang menghuni wad berkenaan yang antaranya terdiri daripada kluster tabligh, pelajar tahfiz dan pelajar universiti.

Sebak apabila malam 4 Ramadan mereka menunaikan terawih diketuai imam pesakit tabligh dan diakhiri dengan takzirah yang terkesan di hati para pesakit dan juga kami frontliners yang bertugas.

JURURAWAT

“I will miss this moment. Kenangan indah menjaga pesakit Covid-19... kluster tabligh, adik tahfiz, UIA dan TUDM. Terima kasih kerana dikurniakan pengalaman dan kenangan yang paling berharga. Semoga kita jumpa lagi di lain masa.

“Maaf atas kekurangan yang ada. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, ” tulisnya lagi.

Tambah jururawat ini lagi, ‘kejayaan’ tersebut tidak akan dicapai tanpa semangat berpasukan yang tinggi dan komitmen para petugas barisan hadapan yang tak pernah lelah memberikan yang terbaik sepanjang tempoh tersebut.



Seorang petugas kesihatan sedang mengambil maklumat mengenai seorang pesakit yang menjalankan ujian saringan. Gambar sekadar hiasan.

Malah katanya ada yang sukarela menawarkan khidmat untuk sama-sama ‘berjihad’ demi merawat pesakit di wad berkenaan.

“Thanks a lot untuk team (wad). Walaupun baru kenal, berbeza tempat bertugas sebelum ini, ada yang di wad, klinik dan hospital lain. Kita sama-sama bantu membantu dalam memberi perawatan pesakit Covid-19. We are fighter!! Tahniah sebab kita berjaya melawan Covid-19.



Peserta perhimpunan tabligh sedang beratur untuk melakukan ujian saringan. Gambar sekadar hiasan.

“Semoga semua wad lain akan clear dan dikosongkan. Masih ada lagi beberapa wad yang masih buka dan di negeri lain beransur kurang pesakit Covid-19. Semoga Covid-19 zero case dan kita boleh beraya bersama family.

“Dan akhir sekali Alhamdulillah, baju berlapis-lapis bukan baju raya kami, ” tulisnya.

Pengalaman itu dicoretkan dalam satu posting di Facebook yang sehingga kini meraih melebihi 1,000 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Covid-19, KKM, jururawat, wad, tabligh

Artikel Berkaitan

Artikel Lain