suria

Sebar prosedur 'nampak ngeri' di media sosial… doktor kesal, tak sudah-sudah berdepan perangai rakyat Malaysia - “Tengok komen, memang boleh panas hati”

Dr Sakinah meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pesakit yang merakam prosedur pengambilan swab dan menyebarkannya di media sosial.

“INI kluster hang duduk la kat Singapore sinun, takyah balik Malaysia, menyusahkan orang!”

Demikian tulis seorang doktor meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir pesakit yang tidak bertanggungjawab merakam prosedur pengambilan sampel untuk ujian saringan bagi Covid-19 dan menyebarkannya di media sosial.

Menulis dalam satu posting di Facebook, Dr Sakinah Sulong berkata kejadian tersebut berlaku ketika petugas kesihatan sibuk mengambil sampel individu yang dikategorikan sebagai Patient Under Surveillance (PUS) di sebuah hotel di Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster kayangan terbiasa layanan VVIP, sampai sanggup ugut doktor – “Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit... apa yang dilihat selepas itu cukup menyayat hati - “Sebab itu korang patut hormat mereka”

“Seperti yang saya katakan, prosedur ini perlu dilakukan di kawasan terbuka dan tidak berhawa dingin. Bila terbuka, amat mudah PUS ambil kesempatan untuk merakam video atau ambil gambar.

“Lazimnya kami akan tegur dan minta delete. Tapi semalam, kami sangat sibuk. 849 sampel kami perlu habiskan dalam masa lima jam supaya ia tak berlarutan sampai petang,” tulisnya pada posting tersebut.

Bagaimanapun, doktor itu kesal apabila ada individu yang mengambil kesempatan di atas kesibukan petugas kesihatan yang bertungkus lumus untuk memastikan semua pesakit disaring agar tidak merisikokan orang lain.



Sebahagian posting Dr Sakinah di Facebook.

Kata Dr Sakinah, tindakan berkenaan seolah-olah cuba untuk memaparkan bahawa prosedur berkenaan kelihatan menyakitkan.

“Kenapa kami tak nak ia dirakam? Sebab ia nampak menakutkan dan boleh timbul salah faham. Setiap orang ada tahap sakitnya sendiri. Prosedur nampak mengerikan tapi hakikatnya tidak.

“Dan prosedur ini pula tak ambil masa lama pun. Dua minit pun tak sampai kalau pesakit bagi kerjasama. Tapi kalau pesakit awal-awal lagi dah tengok video sebegini, mereka akan jadi takut dan tertanam dalam minda mereka, prosedur ini sangat menyakitkan. Padahal tak semestinya, ” katanya.

Tapi kalau tengokkan komen, memang boleh panas hati. Ada yang kata kami kurang ajar dan tidak profesional. Apa yang kurang ajar? Kerana perlu ambik swab dengan betul?

DR SAKINAH SULONG

DOKTOR

Tambahnya, kesakitan yang dialami ketika prosedur tersebut tidak akan berlarutan lama dan ia bergantung kepada tahap kesakitan masing-masing.

“Tapi semua akan setuju kalau sakit, ia hanya untuk beberapa minit sahaja. Kalau kita faham dan boleh bersabar sikit, saya pasti mudah kerja kami yang sedang pakai sut PPE ini.

“Di saat kami membuatkan anda tak selesa tak sampai lima minit, kami berada dalam kepanasan macam kena panggang selama dua hingga lima jam! Jadi bersabarlah sekejap,” tulis doktor yang bertugas di Johor Bahru itu.



Petugas perlu memakai kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) ketika mengendalikan pengambilan sampel pesakit. Gambar sekadar hiasan.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih dikesalkan kata Dr Sakinah, disebabkan penularan video prosedur tersebut, ramai yang melabel petugas kesihatan yang bertanggungjawab mengambil sampel swab hidung dan mulut, melakukannya dengan amat kasar.

“Tapi kalau tengokkan komen, memang boleh panas hati. Ada yang kata kami kurang ajar dan tidak profesional. Apa yang kurang ajar? Kerana perlu ambik swab dengan betul?

“Apa yang tak professional? Kerana tak bagi sedation untuk prosedur yang hanya makan masa tak sampai dua minit?

“Saya tak tahu nak cakap apa dengan sebilangan rakyat Malaysia yang tak reti nak hargai usaha KKM, ” tulisnya lagi meluahkan kekesalan.



Petugas kesihatan perlu menyaring beratus-ratus pesakit setiap hari. Gambar sekadar hiasan.

Posting doktor tersebut sehingga kini dikongsi sebanyak 1,500 shares dan dibanjiri ratusan komen.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan doktor tersebut yang menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang merakam dan menyebarkan video berkenaan di media sosial.

“Orang nak selamatkan kau dari Covid lagi mau komplen, ” tulis seorang netizen.

“PDRM mohon siasat... Mereka mengganggu penjawat awam buat kerja ni, ” komen seorang netizen lain.

“Kalau bagi kerjasama, buat apa yang disuruh sebenarnya tak da apa-apa pun... drama je lebih, ” tulis seorang netizen lain pula.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain