suria

“Baju saya dah jadi kuih muih” - ‘Sedap’ mata memandang, Ismail Sabri kekal tenang bajunya dibuat parodi

Penampilan Ismail setiap kali muncul dalam sidang media menarik perhatian netizen sehingga tercetusnya parodi yang menyamakan baju batiknya dengan makanan.

SETIAP hari, tepat pukul 2 petang, rakyat Malaysia pasti menantikan sidang media yang dikendalikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob..

Rata-rata mahu mahu mengetahui perkembangan semasa mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) itu.

Tutur bicaranya yang sentiasa tenang, teratur dan kelihatan bersedia setiap kali menyampaikan maklumat dan menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan, menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Beza hukuman bukan sebab dua darjat - Ismail Sabri

ARTIKEL BERKAITAN: Biasanya jawab soalan... hari ini Ismail Sabri hanya tersenyum wartawan wanita puji kemeja cantik, jual pantun ketika siaran langsung!

Sesekali beliau akan berseloroh dan berjenaka agar sidang media tersebut berlangsung dalam suasana yang santai.

Namun baru-baru ini ada sesuatu yang lebih mencuri pandangan netizen setiap kali kemunculannya di kaca televisyen.

Hari demi hari, penampilan beliau menjadi subjek utama perbualan warganet.



Posting Ismail di Facebook rasminya yang menyatakan kekaguman terhadap daya kreativiti rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, daripada mengenakan kemeja polos, kebelakangan ini beliau tampil dengan persalinan bermotifkan batik yang berona ceria dan memukau mata.

Warganet pula yang sememangnya terkenal dengan daya kreativiti yang tinggi bingkas mencipta parodi dengan menyamakan penampilan terbaharu menteri itu dengan aneka kuih muih dan makanan lain!

Warganet menyunting gambar dan menyamakan corak baju Menteri Pertahanan dengan dengan kek lapis, agar-agar pelangi, kuih seri muka, jus tembikai, jus avocado dan pelbagai juadah lagi yang sinonim dengan masyarakat di negara ini.

‘Hasil kreativiti’ tersebut menjadi trending di media sosial sehinggakan beliau sendiri membuat perkongsian semula gambar-gambar itu di laman Facebook rasmi miliknya.



Netizen menyunting gambar makanan di sebelah gambar Ismail.

Menerusi perkongsian pada Jumaat malam, beliau turut memuji tahap daya kreativiti rakyat Malaysia.

“Kreatif betul warganet. Baju saya dah jadi kuih muih. Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kuih dan ais krim pulak.

“Terima kasih warganet kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia. Selamat berbuka puasa dengan kuih muih baju saya ya, ” tulisnya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut meraih sehingga 3,500 shares serta dibanjiri komen netizen.

Rata-ratanya menyatakan mereka turut merasa terhibur dan kagum dengan sikap ‘sempoi’ menteri tersebut melayani kreativiti warganet.



Antara komen netizen yang turut terhibur dengan perkongsian menteri tersebut.

“Ada pernah kita mengata gak Datuk Seri maafkan kami. Datuk tak ada baju lain ke? Nahhh tiba Datuk Seri keluar dengan baju-baju batik... meriah sangat nampak ceria. Kita nak tunggu update pun excited nak tunggu Datuk Seri pakai baju apa hari ni,” komen seorang netizen.

“Tergelak sendiri bila tengok gambaran baju Datuk Seri dan makanan tu.. apa-apa pun rakyat Malaysia memang kreatif dan inovatif, ” komen netizen lain pula.

“Biasa la Datuk Seri. Kita semua tengah stres dah lama duduk rumah... sekali sekala nak hilangkan tekanan ni dengan isu-isu santai dan menghiburkan diri,” tulis seorang netizen lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain