suria

Ubah persepsi negatif, bakal arkitek ajar tajwid seminit guna TikTok - “Kalau tinggal al-Quran, masalah simple pun boleh stres”

Kamilia memanfaatkan aplikasi TikTok untuk berkongsi ilmu al-Quran.

JIKA dahulu, ramai dalam kalangan kita yang agak skeptikal dengan kandungan video dalam aplikasi TikTok.

Namun hari demi hari, persepsi itu berubah menjadi positif apabila banyak video bermanfaat dikongsi bersama.

Terbaharu, seorang penuntut bidang Seni Bina dari Universiti Taylor's, Subang Jaya, Selangor menjadi perhatian ramai setelah berkongsi video ilmu mengaji al-Quran menerusi aplikasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka hangus ketika penghuninya keluar ajar mengaji Quran, mujur rutin berubah - “Kalau berlaku sebelum Asar, tak tahulah apa akan jadi kepada ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ajar mengaji dalam keadaan terlantar, ustaz ada 42 anak murid

Selain TikTok, video berkenaan turut dikongsi di Instagram dan Twitter sehingga menerima puluhan ribu tontonan.

Bercakap kepada mStar, Kamalia Maisarah Norman, 21, memberitahu, perkongsian video-video bermanfaat itu baru sahaja dimulakan sejak awal Ramadan tahun ini.

"Saya mula buat video masa awal bulan puasa. Saya nak kongsi apa yang saya tahu dan juga kesilapan lazim sewaktu mengaji.



Video dikongsi gadis ini menjadi tular di laman sosial.

"Sebab dalam bulan puasa, ramai yang mengaji al-Quran. Sebab tu saya buat video. Saya pula suka bercakap. Daripada bercakap kosong, lebih baik saya kongsi video bermanfaat," ujar anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.

Mesra disapa Kamilia, dia mengakui peka dengan persepsi kurang enak yang timbul mengenai aplikasi video popular itu.

Namun katanya, ia bergantung kepada niat masing-masing dan sebenarnya mampu menyebarkan ilmu dalam cara yang lebih mudah.

Tapi bila tinggal al-Quran, rasa hidup serabut. Masalah simple rasa stres. Bila baca al-Quran rasa tenang je.

KAMALIA MAISARAH NORMAN

PELAJAR

"Bukan nak lihat dari sudut pandang negatif, tapi orang zaman sekarang suka benda mudah dan ringkas. Video TikTok ni minimum seminit.

"Ia juga bergantung kepada diri kita. Kalau cari benda baik, dapatlah hasil baik... begitu juga sebaliknya," ujarnya lagi.

Kata Kamalia, dia mula belajar mengaji al-Quran sejak di bangku sekolah rendah dan sudah khatam kitab suci itu sebanyak tiga kali.



Kata bakal arkitek itu, hidupnya lebih tenang dengan mengamalkan bacaan al-Quran.

Malah katanya, kehidupan juga menjadi lebih tenang jika selalu mengamalkan bacaan al-Quran.

"Sebenarnya penting sebutan yang betul sewaktu mengaji. Dulu masa zaman sekolah, mak ayah hantar ke kelas mengaji.



Maisarah berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

"Bila dah sambung belajar, pun saya pergi kelas mengaji lagi. Tapi masa memang agak terhad bila belajar. Ia bukan terhad tapi salah saya sendiri tak pandai susun masa.

"Tapi bila tinggal al-Quran, rasa hidup serabut. Masalah simple rasa stres. Bila baca al-Quran rasa tenang je," ujar bakal arkitek itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain