Beribu cucuk sate ‘terbiar’ dalam peti, tak disangka-sangka pertolongan datang dari jauh - “Dah keluar modal tapi tak sempat nak jual”

Sate jualan bapa Muhammad Faiz terjual lebih 2,000 cucuk selepas dia membuat perkongsian di Twitter.

SEJAK kerajaan mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga pertengahan April ini, tidak dinafikan majoriti rakyat Malaysia terkesan dengan pelaksanaan tersebut.

Antara yang terkesan sudah tentunya para pemilik restoran dan pengusaha makanan.

Tidak terkecuali pemuda ini yang membantu bapanya berniaga sate sejuk beku (frozen) secara kecil-kecilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak juruterbang terkejut, nanas tak laku bertukar jadi ‘pisang goreng panas’ - “Makan banyak mana pun lidah tak rasa lidas”

ARTIKEL BERKAITAN: Nurse, doktor dekat rumah sibuk rawat pesakit Covid-19... ibu minta empat beradik tawar khidmat jaga anak mereka

Bagaimanapun siapa sangka, dengan kuasa viral, sate yang sebelum ini berjumlah lebih 5,000 cucuk, kini terjual separuh hanya dalam masa dua hari selepas dia membuat perkongsian di Twitter.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Faiz Mohd Halim berkata bapanya membeli sate sejuk beku daripada pembekal sebelum PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Posting Muhammad Faiz mengenai sate bapanya yang belum terjual tular di Twitter.

“Ayah buka kedai makan dekat Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu sejak empat tahun lalu. Namun kebelakangan ini kedai kami kurang mendapat sambutan. Disebabkan itu, ayah bercadang nak berniaga sate sebagai alternatif.

“Jadi ayah pun membeli sate daripada pembekal, hanya nasi impit dan kuah kacang yang kami buat sendiri resepi ibu. Baru nak mula berniaga, kerajaan umum PKP untuk mengekang penularan Covid-19.

“Memang kasihan dekat ayah sebab dah keluarkan modal beli sate tapi tak sempat nak jual. Sebab itu saya cuba kongsikan di Twitter. Alhamdulillah, daripada lebih 5,000 cucuk kini dah terjual separuh dengan bantuan netizen,” ujar pemuda berusia 20 tahun ini.

Ada hamba Allah dari jauh mereka hubungi saya… mereka beli dan buat transaksi secara dalam talian (online) dan minta kami agih-agihkan kepada petugas frontliners, kumpulan asnaf dan penduduk setempat.

MUHAMMAD FAIZ MOHD HALIM

ANAK PENIAGA SATE

Terdahulu, perkongsiannya di Twitter meraih 7,000 retweet dan 3,900 likes.

Muhammad Faiz yang juga lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berkata, dia tidak menyangka perkongsian itu mendapat perhatian netizen bukan sahaja dari kawasan setempat tetapi ada yang menghubungi dari Kuala Lumpur dan Kajang.

“Ada hamba Allah dari jauh mereka hubungi saya… mereka beli dan buat transaksi secara dalam talian (online) dan minta kami agih-agihkan kepada petugas frontliners, kumpulan asnaf dan juga penduduk setempat.

Muhammad Faiz melakukan agihan sate kepada petugas hospital dan polis.

“Saya terharu dan gembira sangat sebab ada orang yang baik dan berhati mulia, mereka beli tapi mereka wakilkan kami untuk sedekahkan kepada orang lain. Setakat ini, kami dah agih sate kepada frontliners di kawasan berhampiran. Walau dari jauh, mereka ada cara tersendiri untuk menolong orang lain,” ujarnya.

Menurut Muhammad Faiz, mereka menjual dua jenis sate iaitu sate sejuk beku dengan harga RM 55 untuk 100 cucuk, dan sate siap dibakar dengan harga RM60 untuk 100 cucuk.

Antara maklum balas daripada pelanggan yang membeli sate bapanya.

Tambah Muhammad Faiz, sungguhpun pendapatan bapanya kini bergantung sepenuhnya kepada jualan sate, namun dia gembira selepas mengetahui ada di antara netizen yang membuat sumbangan menerusi pembelian sate tersebut.

“Kepada siapa-siapa yang duduk jauh, kalau nak beli dan buat sumbangan kepada pihak yang memerlukan, kami boleh sampaikan.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang retweet, yang tolong hebahkan. Saya doakan kesihatan dan kesejahteraan semuanya. Hanya Allah yang mampu balas jasa anda semua,” katanya lagi.

sate, PKP, laku, cucuk, peniaga, STAM

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain