suria

“Tak semua dari Asia pembawa virus” - Pelajar Malaysia pulang ke Perth bingung diusir, tuan rumah tukar kunci pintu gara-gara Covid-19

Notis yang ditampal tuan rumah di depan pintu rumah sewa Helen.

PENULARAN jangkitan Covid-19 yang membimbangkan penduduk dunia ketika ini turut memberi tempias kepada seorang pelajar Malaysia di Perth, Australia.

Menerusi satu temubual bersama stesen radio ABC Net, pelajar perempuan itu yang dikenali sebagai Helen mendakwa dia tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah sewanya kerana wabak terbaharu itu.

Helen memberitahu dia pulang ke Malaysia selama beberapa minggu untuk menziarahi keluarganya sebelum kembali semula ke Perth yang terletak di Australia Barat.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh air lemon, air kelapa dan kangkung mampu rawat koronavirus, ini respons Dr Amalina yang perlu diberi perhatian!

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda busuk tu bau sampai sekarang” - Pensyarah sakit lepas pulang ke Malaysia, koronavirus imbau mimpi ngeri 3 bulan di China

Namun sebaik sahaja kembali ke Perth, dia terkejut apabila tombol pintu rumahnya ditukar oleh tuan rumah.

Malah lebih mengejutkan Helen berkata tuan rumah turut menampal satu notis 'dilarang menceroboh' di depan pintu rumah sewanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menunjukkan paparan skrin maklumat terkini ketika sesi temu bual eksklusif bersama Bernama mengenai situasi terkini jangkitan Novel Koronavirus (2019-nCoV). - Foto BERNAMA

"Saya pulang ke Malaysia untuk bertemu keluarga saya. Apabila saya pulang ke rumah (sewa) saya lihat ada notis di dinding. 

"Bila tengok notis tu saya rasa sedih dan keliru kerana saya tidak lakukan apa-apa. Mengapa ini berlaku kepada saya?" soalnya dalam temubual itu.

Helen berkata dia turut menghubungi polis untuk memaklumkan situasi dialaminya.

"Tapi polis beritahu saya mereka tak boleh buat apa-apa. Saya ada menghubungi tuan rumah tapi panggilan tidak dijawab.

"Saya juga ada hantar mesej kepadanya. Saya tidak tahu apa patut saya buat. Jadi saya hubungi rakan saya dan mereka minta saya pergi ke rumah mereka.

"Kemudian saya memandu ke rumah rakan saya (jarak dalam 15 hingga 20 minit) dan barulah saya menerima mesej daripada tuan rumah," katanya.

Jelas Helen lagi, semua barangnya masih berada di rumah sewa tersebut.

Koronavirus menyerang sistem pernafasan.

"Ya, ada barang-barang saya di rumah sewa itu. Tapi saya tidak mahu mengambilnya kerana saya terlalu takut.

"Sekarang saya tinggal bersama dengan rakan-rakan saya," katanya.

Notis yang ditulis tuan rumah itu berbunyi: "Dilarang menceroboh. Rumah dikunci kerana koronavirus. Disebabkan kegagalan untuk terus berhubung dengan saya berserta kecemasan global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai koronavirus, anda tidak lagi diterima di rumah ini."

Saya tidak pernah pergi ke China tetapi mengapa dia fikir saya ada virus tersebut. Saya tidak tahu mengapa? 

HELEN

"Tolong hubungi saya kerana saya cuba menghubungi anda banyak kali tetapi tidak berjaya. Amaran. Rumah ini di bawah pengawasan kamera litar tertutup."

Disebabkan perkara itu, Helen meluahakan rasa kecewa kerana menganggap tidak adil dirinya dilayan sedemikian rupa.

"Saya faham mereka bimbang mengenai situasi semasa tetapi tidak bermaksud semua dari Asia pembawa virus.

Petugas Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan melakukan proses saringan kepada penumpang dari penerbangan Kuala Lumpur yang tiba di terminal ketibaan Lapangan Terbang Labuan. -foto Bernama

"Saya tidak pernah pergi ke China tetapi mengapa dia fikir saya ada virus tersebut. Saya tidak tahu mengapa? 

"Mereka tidak sepatutnya menghantar mesej salah kepada sesiapa sahaja. Itu tidak adil," katanya.

Sesi temubual antara Helen dan penyampai radio Nadia Mitsopoulos serta Russell Woolf pukul 6 pagi Rabu turut dimuatnaik dalam laman web stesen radio berkenaan.

Sehingga Rabu, kes positif koronavirus baharu (2019-nCoV) yang dilaporkan di negara ini masih kekal 18 kes.

Menurut penyampai radio tersebut, kira-kira 15 kes positif koronavirus dilaporkan di Australia.

"Di Malaysia 18 kes, di Australia 15 kes... ia lebih kurang sama," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
koronavirus, Perth, Helen, Malaysia

Artikel Lain