“Kakak tak sangka dapat result macam ni” - Anak menangis dalam bas selepas semak keputusan, bapa meninggal 3 minggu sebelum STPM - Viral | mStar

“Kakak tak sangka dapat result macam ni” - Anak menangis dalam bas selepas semak keputusan, bapa meninggal 3 minggu sebelum STPM

Aina bersama kedua ibu bapanya. Foto berasingan, pusara arwah bapanya.

"ASSALAMUALAIKUM ayah. Kakak tak sangka dapat result macam ni."

Demikian luahan hati seorang pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) apabila mengenangkan arwah bapanya tidak sempat meraikan kejayaan manisnya mendapat keputusan cemerlang.

Kisah Nur Aina Natassya Mohd Hairi, 20, yang dikongsi menerusi Twitter ternyata meruntun hati sesiapa sahaja yang membacanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar di ICU, keputusan pun cemerlang, hasrat abah sarung jubah tak kesampaian, “Ingat pesan buat sampai habis”

ARTIKEL BERKAIATN: "Nak tunai janji kongsi kejayaan dengan arwah ayah" - Pelajar cemerlang PT3

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Aina mengakui pada mulanya seolah-olah putus semangat berikutan pemergian bapanya pada 19 Oktober tahun lalu, tiga minggu sebelum peperiksaan STPM..

"Ayah tak sakit apa-apa, cuma dia jatuh dalam bilik. Masa bawa ke hospital, ayah memang dah tak sedar.

"Doktor cakap tekanan darah dia terlampau tinggi dan kemungkinan kena serangan jantung. Sepanjang seminggu ayah duduk hospital, memang dia koma sampai meninggal dunia.

Perkongsian Aina yang menerima lebih 8,600 ulang kicau di Twitter.

"Saya kata pada ibu nak berhenti Tingkatan 6 dan hanya hadir masa peperiksaan sahaja, tapi bila ingat arwah ayah dan ramai yang bagi semangat, saya teruskan pembelajaran seperti biasa," ujarnya.

Hasilnya, Aina mendapat pointer 3.75 bagi peperiksaan semester tiga STPM.

Kini, dia sedang menunggu keputusan keseluruhan STPM dan bercadang menyambung pengajian dalam bidang bahasa untuk menjadi guru.

Pesanan terakhir dia, belajar betul-betul nanti boleh kerja elok. Masa dapat result, saya dalam bas dari Kuala Lumpur nak balik Perak. Saya check online. Saya terus menangis.

NUR AINA NATASSYA MOHD HAIRI

PELAJAR STPM

Bercerita mengenai keluarganya, Aina merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Arwah bapanya, Mohd Hairi Ahmad sebelum ini menyara keluarga dengan mengambil upah mesin rumput manakala ibunya, Rosnida Md Salleh menjual makanan di tepi jalan.

"Masa beberapa hari sebelum peperiksaan, saya jarang ke sekolah sebab kena tolong mak berniaga. Mak jual kuih dan nasi lemak.


Keputusan semester tiga Aina.

"Arwah ayah saya pula buat kerja kampung je. Dia nak sangat tengok saya berjaya, dia dah berkorban macam-macam. Sekolah dengan rumah 13 kilometer, pukul 6.30 pagi kami dah keluar.

"Antara kenangan, arwah ayah bawa saya beli laptop sebab nak masuk semester dua, sebelum tu saya pinjam laptop sekolah je.

"Pesanan terakhir dia, belajar betul-betul nanti boleh kerja elok. Masa dapat result, saya dalam bas dari Kuala Lumpur nak balik Perak.

Aina (kiri) bersama keluarganya.

"Saya check online. Saya terus menangis sebab saya berjaya dan terus teringat ayah," ujar gadis yang menetap di Sungai Siput, Perak itu.

Sehingga kini, posting di Twitter Aina menerima lebih 8,600 ulang kicau (Retweet).

Selain ucapan tahniah, ramai yang memberi kata-kata semangat agar dia terus tabah menuntut ilmu demi keluarganya.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain