suria

Heboh ‘graduan Harry Potter’ buat ‘magic’ semasa masuk dewan konvo - “Tak ada guru, tak pernah pergi kelas... semua saya sendiri”

Fakhrul sering menerima jemputan untuk melakukan persembahan ahli silap mata setiap hujung minggu.

SETIAP kali tiba musim konvokesyen pelbagai gelagat graduan dirakam lensa sehingga ada yang tular di media sosial.

Terbaharu, aksi seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuat silap mata atau magic berjaya membuatkan ramai netizen terhibur.

Malah ada yang menyamakan kebolehan luar biasa, Fakhrul Ramadhan Omar seperti Harry Potter.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan sukar! Nur ‘graduan lewat ke konvo’ dedah 2 kali ke pusara Wak cari ‘jawapan’ - “Entah dari mana datangnya kekuatan itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Datang paling lambat, pelajar ini akur buat show percuma demi selamatkan satu kelas, “RM50 harga standard satu lagu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nampak dia pegang dulu terus bawa pergi balai” - Wanita berkereta putih diburu kes ‘magis’ duit di kaunter

"Harry Potter punya graduasi," tulis Temar.

"Dengan jubah konvonya buat time jalan camtu dah macam Harry Potter dah. Eh tapi dia tak pakai wand ok, dia macam now you see me. Eh tapi diorang tak pakai jubah OK kau dumbledore," kata Proooot.

Azwana sering menyokong karier sambilan suaminya itu.

Mesra disapa Fakhrul, pemuda ini mengakui aksi bersahajanya itu dilakukan secara spontan semasa Majlis Konvokesyen UIAM ke-35 pada Isnin.

"Saya tak terfikir pun sebenarnya nak buat magic. Tengah jalan masuk dewan tu saya nampak ada tayangan skrin.

"Bila nampak saya dah dekat kamera tu saya terus keluarkan kad daripada tangan. Kiranya tindakan tu berlaku secara spontan," katanya kepada mStar.

Dalam video tular tersebut, Fakhrul sekeping kad dilihat muncul dari tangannya secara tiba-tiba ketika dia sedang berjalan masuk ke dewan.

Malah pemuda berusia 24 tahun itu mendedahkan isterinya, Azwana Zulkifli Amin yang membuat rakaman turut terkejut dengan gelagatnya ketika itu.

"Kebetulan (video) wife yang record. Dia kata dia nampak budak kelas saya masuk, jadi dia standby untuk record. 


Fakhrul menjadikan hobinya itu sebagai karier sambilan sejak lima tahun lalu.

"Bila saya keluar dalam skrin, dia pun terperanjat tengok saya buat magic dekat situ. Dia pun tak expect saya akan buat macam tu," katanya.

Bercerita mengenai kebolehannya itu, Fakhrul berkata dia mula meminati seni silap mata sejak 2007.

Memang berbaloi sebab saya dapat profit dengan karier sebagai magican. Lagipun magican dekat Malaysia tak ramai. Rezeki saya sentiasa ada.

FAKHRUL RAMADHAN OMAR

AHLI SILAP MATA

"Dulu tahun 2007 ada satu rancangan magic kat NTV7. Jadi saya selalu tengok. Start dari situ saya minat nak buat magic.

"Saya belajar sendiri. Saya tak pernah pergi kelas atau seminar. Tak ada guru pun. Semuanya sendiri.

"Tapi abang saya ada cakap try belajar dari YouTube dulu. Dari situlah saya Google semua skills," katanya.

Fakhrul turut menerima undangan untuk melakukan persembahan magisnya semasa majlis perkahwinan.

Pada masa sama, Fakhrul bersyukur kerana hobinya  itu kini menjadi pekerjaan sambilannya sejak lima tahun lalu.

"Alhamdulillah sambutan tak pernah putus. Setiap hujung minggu saya dapat invitation untuk birthday party atau annual dinner company dan macam-macam lagi.

"Memang berbaloi sebab saya dapat profit dengan karier sebagai magican. Lagipun magican dekat Malaysia tak ramai. Rezeki saya sentiasa ada.

"Meskipun saya tinggal di Batu Caves, saya turut menerima undangan sehingga ke Johor Bahru atau Kelantan. Asalkan ada yang sanggup bayar saya akan penuhi permintaan customer saya," katanya.

Video perkongsian Fakhrul di Twitternya sejak Isnin mendapat lebih 22,000 ulang kicau dan 19,200 tanda suka.

Rata-rata netizen turut kagum dengan bakat pemuda tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
magis, Fakhrul Ramadhan, konvokesyen

Artikel Lain