“Kalau nampak dia pegang dulu terus bawa pergi balai” - Wanita berkereta putih diburu kes ‘magis’ duit di kaunter - Viral | mStar

“Kalau nampak dia pegang dulu terus bawa pergi balai” - Wanita berkereta putih diburu kes ‘magis’ duit di kaunter

Paparan skrin video melibatkan seorang wanita yang didakwa sering menipu duit di kaunter stesen minyak kini tular.

TELITI, yakin dan panjang akal! Demikian gambaran yang diberikan kepada seorang wanita yang didakwa menipu di beberapa buah kaunter stesen minyak di Johor Bahru.

Satu perkongsian di Facebook oleh Arif Aikal meminta rakan-rakan dan orang ramai berhati-hati dengan seorang wanita kerana dikatakan banyak terlibat dengan kes tipu.

Gelagat wanita tersebut dirakam bukan sahaja di satu lokasi stesen minyak, malah dia turut melakukan aktiviti 'putar belitnya' itu di kedai serbaneka di sekitar Johor Bahru.

ARTIKEL BERKAITAN: Setuju nak beli, nak membayar banyak helahnya! Penjual handphone dedah perangkap scammer, “Dulu ABC, kini sistem pemindahan berjadual”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Temperature' kereta tiba-tiba naik, isi air tak juga penuh... “Ada bau macam scammer”

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) wanita itu seperti melakukan magis dengan memberitahu juruwang di sebuah stesen minyak bahawa baki duitnya tidak mencukupi.

Realitinya, mengikut rakaman, beberapa keping wang telah diserahkan kepada wanita itu.

Perkongsian Arif bersama beberapa keping gambar dan video mengenai wanita tersebut di Facebooknya.

Menurut Arif dalam postingnya, wanita itu kononnya mendakwa menerima kes baki terkurang atau juruwang tersalah beri duit baki.

Untuk pulangan baki yang sepatutnya RM50 sekeping, RM20 sekeping dan RM10 sekeping tetapi dia didakwa secara sengaja menukar RM50 menjadi RM1 kertas lama.

"Sila pegang dan bawa ke balai polis berdekatan. Kes pertama dia ada buat di Yong Peng dan terbaharu ini di Caltex Ayer Hitam.

"Minta tolong kerjasama semua supaya anda tidak menjadi mangsa seterusnya," jelasnya dalam posting yang mendapat lebih 2,000 perkongsian daripada pelayar Facebook.

Sila pegang dan bawa ke balai polis berdekatan. Kes pertama dia ada buat di Yong Peng dan terbaharu ini  di Caltex Ayer Hitam.

ARIF AIQAL

Pengguna Facebook

Susulan daripada gambar dan video rakaman wanita itu, ramai pengguna Facebbok turut memberi komen dan pandangan.

Malah ada yang 'kagum' dengan sikap wanita itu yang penuh yakin menipu untuk mendapat wang bakinya.

Salah seorang netizen turut berkongsi tip bagi mengelak ditipu oleh wanita itu.

Sebahagian daripada komen pengguna Facebook mengenai scammer wanita yang menjadi tular minggu lalu.

"Next time sesiapa je yang jadi cashier... kalau dah bagi duit baki cukup, then customer kata tak cukup panggil manager atau supervisor double check duit float bersama duit jualan dan periksa CCTV skali.

"Memang makan masa, tetapi sekurang-kurangnya boleh backup dan juruwang tak perlu bayar atau tolak gaji sebab duit tak cukup."

scammer , wanita , tipu , cashier

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain