suria

Harris Alif terkilan tak dapat teman isteri bersalin, anak sulung tidak boleh berenggang

Harris bersyukur proses bersalin isterinya berjalan lancar.

DALAM keterujaan menyambut kelahiran anak kedua, pelakon Harris Alif turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menemani isterinya iaitu aktres Intan Ladyana ketika bersalin.

Kata Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, dia terpaksa duduk di rumah menemani anak pertamanya iaitu Evie Khadeeja yang tidak mahu berenggang dan berjauhan.

"Ketika isteri hamil lagi kami dah pening fikirkan macam mana nak handle Evie sebab dia susah nak dekat dengan orang lain. Jadi kami berbincang, saya terpaksa tinggal di rumah dan ibu saya pula teman Intan di hospital.

harris alif 11

Intan selamat melahirkan cahaya mata kedua.

"Memang rasa terkilan tak dapat nak bersama isteri ketika bersalin sebab semasa anak pertama dahulu saya sendiri melihat kesakitan itu, tetapi kali ini tidak dapat bersama.

"Syukur semuanya berjalan lancar. Namun dalam gembira ada juga rasa sedih sebab tiada di sisi isteri," katanya ketika dihubungi mStar.

Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.06 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpurkira-kira pukul 12.45 tengahari, Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Intan Ladyana selamat bersalin anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup berkeluarga ubah keutamaan Harris Alif, kurang berlakon fokus perniagaan taska

Sementara itu, Harris memberitahu sepanjang tempoh kehamilan kedua ini, dia dan Intan lebih tenang melakukan persiapan kerana sudah ada pengalaman ketika anak pertama dahulu.

"Untuk menyambut anak kedua ini persiapan lebih tenang sebab kami sudah ada pengalaman. Kami sudah tahu apa yang patut dibuat sepanjang tempoh hamil dan ketika hendak bersalin.

"Saya juga amat bersyukur dikurniakan anak lelaki dan tidak sabar nak melihat bagaimana ragam baby membesar nanti," ujarnya.

Namun dalam gembira ada juga rasa sedih sebab tiada di sisi isteri

HARRIS ALIF

PELAKON

Dalam pada itu, Harris berkata dia dan isteri mula mengutamakan hal berkaitan pengurusan masa memandangkan mereka kini sudah memiliki dua cahaya mata.

Namun dalam masa sama, pasangan ini juga enggan melepaskan momen indah menyaksikan anak-anak membesar depan mata.

"Saya dan Intan setuju untuk uruskan hal penjagaan anak meskipun ada pembantu rumah. Apabila sudah ada dua anak ini kami lebih banyak berfikir tentang pengurusan masa. Salah seorang perlu ada di rumah sekiranya saya atau Intan terlibat dengan kerja.

harris alif 12

Harris dan Intan pentingkan bab pengurusan masa keluarga.

"Intan juga tidak mengambil sebarang tawaran kerja sejak awal kehamilan. Kalau boleh saya mahu dia lebih banyak masa duduk di rumah," jelasnya.

Untuk rekod, Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, mendirikan rumah tangga dengan Harris pada 5 Februari 2021.

Pasangan ini juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Evie yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain