suria

“Best main nama mak ni”... Tom bergaduh dengan akaun palsu, hilang sabar selepas dimaki di IG

Tom hilang sabar dengan pengguna akaun palsu yang menghinanya.

GARA-GARA salah faham membabitkan dirinya dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, penyanyi Tom menerima pelbagai komen kecaman daripada netizen.

Bengang dengan tindakan mereka itu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, dilihat membalas beberapa mesej daripada akaun palsu menggunakan perkataan kesat.

"Kalau orang maki saya, saya memang suka main mak-mak, seronok main nama mak ni, sebab boleh.

size NP 1 - 2024-04-26T160411.109

Perkongsian Tom melalui Instastorynya.

"Aku pun dah lama tak jadi budak-budak, teringat zaman sekolah dulu, seronok main petik-petik nama mak.

"Lama tak petik nama mak ni, apa pun mak kau kambing, artis tak artis boleh pergi jahanam!" katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Tom mendedahkan Sarah ada menghubungi suaminya iaitu Fuad Rahman bagi mendapatkan bantuan berhubung kes Aliff Aziz.

Malah, Tom juga memaklumkan wanita itu pernah menghubungi Fuad sejak tahun 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom padam hantaran berkaitan kekasih gelap Aliff Aziz, tiada wang mahu bayar saman

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap Aliff Aziz mesej Fuad Rahman, Tom beri amaran jangan ganggu suaminya

Menjawab mengenai perkara itu, Sarah memberitahu dia tidak berniat untuk mengganggu dan tidak pernah menyimpan perasaan terhadap Fuad.

Tujuan dia menghantar mesej itu kerana mahu meminta bantuan bagi mencari Aliff yang didakwa hilang.

Wanita berasal dari Singapura itu juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tom kerana mendedahkan maklumat peribadinya.

Selepas menerima ugutan saman berkenaan, Tom memilih memadam hantaran yang dimuat naik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain