suria

Tom padam hantaran berkaitan kekasih gelap Aliff Aziz, tiada wang mahu bayar saman

Tom bimbang di saman Sarah disebabkan penyebaran nombor telefon.

SELEPAS menerima ugutan saman, penyanyi Tom memilih memadam hantaran yang dimuat naik berkaitan kekasih gelap Aliff Aziz menghantar mesej kepada suaminya iaitu Fuad Rahman.

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata, dia tidak mampu membayar saman sehingga RM300,000 jika wanita berkenaan iaitu Sarah Yasmine bertindak memfailkan saman terhadapnya.

Kata Tom, dia mendedahkan perkara itu hanya kerana mahu melindungi keluarganya dan berharap Sarah tidak memusnahkan hidup mereka sekeluarga.

"Okaylah saya padam takut kena saman, mana nak cekau bagi awak RM100,000 ke RM300,000. Baik duit itu saya guna untuk besarkan anak-anak.

tom 33

Tom memadam hantaran dibuat berkaitan Sarah di Instagram.

"Saya harap awak faham saya sayang keluarga saya. Hidup saya untuk keluarga saya. Jangan awak datang nak musnahkan hidup kami dan anak-anak," katanya.

Tom berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Tom mengakui dia turut berasa tidak selamat apabila mengenangkan wanita cantik seperti Sarah menghantar mesej kepada suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar mesej dekat Fuad Rahman sebab Aliff Aziz dalam bahaya, Sarah Yasmine mahu saman Tom

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap Aliff Aziz mesej Fuad Rahman, Tom beri amaran jangan ganggu suaminya

Disebabkan itu, dia bertindak mendedahkan perkara tersebut secara umum bagi tidak menimbulkan salah faham.

"Bagi saya, lebih baik saya dedahkan perkara ini daripada membiarkan mereka bermesej secara sembunyi.

"Kita pun takut, awak pun bukan tak cantik. Jauhlah dengan saya ini.

sarah 4

Sarah mahu menyaman Tom kerana mendedahkan maklumat peribadinya.

"Saya kasihan dengan Bella tetapi apabila awak tiba-tiba DM suami saya dan menghubunginya, Fuad tak balas sebab bimbang akan timbul masalah lain," ujarnya.

Pada Rabu, Sarah memberitahu dia tidak berniat untuk menggangu atau menyimpan perasaan terhadap Fuad apabila menghantar mesej kepada penyanyi tersebut.

Tujuan dia menghantar mesej itu kerana mahu meminta bantuan bagi mencari Aliff yang didakwa hilang.

Wanita berasal dari Singapura itu juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tom kerana mendedahkan maklumat peribadinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain