suria

Dua tahun bertunang akhirnya Muaz Fitri kahwin pengurus, nikah di hari ulang tahun kelahiran

Muaz kini bergelar suami kepada Anita.

PELAKON Muaz Fitri sah bergelar suami kepada Anita Abd Shukor, 50, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat.

Syukur hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin, Muaz atau Muaz Aidilfitri Maslan, 34, perkahwinan itu juga dapat menjawab tanda tanya orang ramai mengenai status dirinya.

"Sebelum ini ramai yang kata saya sudah berkahwin sebab isteri juga adalah pengurus kerjaya. Disebabkan kami selalu bersama, ramai yang sangka kami sudah berumah tangga.

muaz fitri 3

Muaz dan isteri pilih tarikh ulang tahun untuk bernikah.

"Jadi selepas ini lebih senang nak jawab. Syukur majlis berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan," katanya ketika dihubungi mStar.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.

Muaz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 serta RM10,000 sebagai wang hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Fitri bertunang dengan pengurus selepas 4 tahun bercinta, rancang kahwin hujung tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang berebut, Hakim ‘dapat’ Ruhila dulu!” - Muaz Fitri buat penggambaran senyap-senyap demi simpan rahsia Takdir Yang Tertulis

Pasangan ini juga memilih tarikh istimewa sempena ulang tahun kelahiran mereka berdua untuk bernikah.

"Kami dah lama kenal dan mula rapat sejak 2018. Sebelum ini agak sibuk dengan komitmen kerja dan susah nak cari masa untuk berkahwin.

"Kebetulan tahun ini sambutan ulang tahun di hari Jumaat dan kami ambil keberkatan itu. Jadi kami raikan ulang tahun kelahiran dengan majlis pernikahan sekali," jelasnya.

muaz fitri 2

Isteri akan terus uruskan kerjaya seni Muaz.

Pasangan ini berhajat untuk ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah sekaligus sebagai berbulan madu.

"Insya-Allah kami akan ke Makkah pada Hari Raya Haji nanti. Sambil beribadah ia kira sekali kami honeymoon.

"Kami juga rancang akan adakan majlis resepsi, tetapi belum ada tarikh. Saya masih sibuk dengan kerja dan perlu cari masa sesuai untuk majlis berkenaan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain