suria

Muaz Fitri bertunang dengan pengurus selepas 4 tahun bercinta, rancang kahwin hujung tahun ini

Muaz dan Qaseh rancang nikah hujung tahun ini.

SELAMA empat tahun menyulam cinta, akhirnya pelakon Muaz Fitri mengikat tali pertunangan dengan kekasih yang juga pengurusnya iaitu Qaseh Anita, 46, dalam satu majlis yang berlangsung secara sederhana pada Selasa.

Meluahkan rasa syukur apabila melangkah ke satu fasa dalam kehidupan, Muaz, 31, memberitahu perancangan untuk bertunang telah lama tertangguh disebabkan faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini selain jadual kerjanya yang padat.

"Rasanya empat tahun bersama sudah cukup lama bagi kami. Jadi sesuailah untuk kami melangkah ke fasa seterusnya. Kami adakan majlis secara sederhana sahaja dan memilih 12 Julai kerana itu adalah tarikh pertama kami berjumpa.

muaz fitri 2

Muaz sedia pegang tanggungjawab sebagai suami.

"Sepatutnya kami bertunang tahun lepas, tetapi disebabkan penularan Covid-19, PKP dan jadual pun padat, kami tangguhkan kepada tahun ini. Syukur segalanya berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang berebut, Hakim ‘dapat’ Ruhila dulu!” - Muaz Fitri buat penggambaran senyap-senyap demi simpan rahsia Takdir Yang Tertulis

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini juga memberitahu dia dan Qaseh merancang untuk berkahwin sekitar Oktober atau November ini, bergantung kepada kelapangan masa mereka berdua.

Memilih pasangan yang jauh lebih berusia dan bergelar ibu tunggal dengan seorang anak, Muaz enggan mengambil pusing kata-kata orang yang mempersoalkan hubungan mereka selama ini.

Bagi Muaz cukup bagi mereka berdua saling sayang menyayangi antara satu sama lain selain keluarga dapat menerima bakal isterinya dengan baik.

Saya tak mahu fikir dengan kata-kata orang tentang hubungan kami. Saya percaya pada jodoh dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

MUAZ FITRI

PELAKON

"Kalau hendak dengar cakap orang, lebih baik saya tak berkahwin. Saya tak mahu fikir kata-kata orang tentang hubungan kami. Saya percaya pada jodoh dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

"Keluarga saya juga menerima dia dengan baik. Selagi saya mampu menjadi suami yang baik dan menjaga isteri dengan elok, mereka tidak ada masalah tentang pasangan pilihan saya," jelasnya.

Sementara itu, bercakap tentang persediaan bergelar seorang suami, kata Muaz dia kini cuba menjadi seorang yang lebih penyabar dan memahami jiwa wanita.

Muaz dan Qaseh juga belum menetapkan tarikh pernikahan mereka dan persiapan juga masih belum dilakukan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Empat senator baharu angkat sumpah