suria

Panas! Pergi kursus kahwin ustaz kata suami tiada istilah curang sebab ada hak poligami... betul ke orang perempuan je tak boleh terima kenyataan?

Seorang pelayar memuat naik satu tweet bagi menyindir seorang ustaz yang pada pandangannya memberikan kenyataan berbaur berat sebelah mengenai poligami dan kemudian mencetuskan perbalahan di media sosial itu. Gambar sekadar hiasan.

MEMANG tidak boleh disangkal lagi, kebanyakan wanita cukup alergi dengan perkataan poligami.

Apatah lagi jika isu berkenaan diutarakan di media sosial, pasti ia menjadi perdebatan hangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu baik... isteri diam-diam ‘hadiah’kan bini baharu untuknya, kini bahagia tinggal sebumbung 

ARTIKEL BERKAITAN: Sepupu kahwin dua wanita serentak, pemuda dedah sebab pengantin monyok - “Pakcik saya pengsan lima minit”

Terbaharu, tweet seorang pelayar berhubung isu poligami nyata memanaskan ruang komen di laman sosial tersebut.

Pemuda yang menggunakan nama akaun @IncheFaris itu pada mulanya memuat naik satu tweet dipercayai bagi menyindir seorang ustaz yang pada pandangannya memberikan kenyataan berbaur berat sebelah mengenai poligami.

Tweet daripada seorang pelayar yang mempertikaikan pandangan seorang ustaz mengenai poligami.

Menerusi satu bebenang (thread), dia menyifatkan kenyataan ustaz yang menjadi salah seorang penceramah di kursus perkahwinan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Tweet tersebut sehingga kini mendapat 10,900 tanda suka (like) dan diulang kicau sebanyak 17,300 kali, selain dihujani komen netizen.

Pelayar menggunakan nama akaun @InceFaris meluahkan rasa kesal dengan pandangan ustaz tersebut menerusi satu bebenang di Twitter.

Bagaimanapun, tweet pemuda tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen, dengan ada yang menyifatkan kenyataan ustaz berkenaan sebagai tidak salah.

Seorang pelayar berkata, istilah curang tidak boleh digunakan untuk kaum lelaki kerana mereka sememangnya mempunyai hak untuk berkahwin atau memiliki lebih daripada seorang isteri.

“Kau dulu sebelum kahwin dengan suami mestilah melalui proses perkenalan dan sebagainya. Takkan tiba tiba suami kau terus cakap nak kahwin dengan kau. Samalah jugak proses perkahwinannya yang ke-2, ke-3 dan ke-4,” tulis pelayar itu. 

Netizen menghentam tweet yang disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, netizen rata-ratanya menghentam pelayar itu kerana dilihat memberi pandangan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam pada itu, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pandangan ustaz tersebut yang seolah-olah ‘membenarkan’ perlakuan curang oleh golongan suami.

Bagi mereka, Islam memberi kebenaran untuk kaum lelaki mengamalkan poligami, namun si suami tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan perkara itu sebagai tiket untuk berlaku curang.

Antara netizen yang berdebat mengenai isu poligami.

Tidak kurang juga ada netizen yang melahirkan kebimbangan dengan kandungan serta latar belakang penceramah yang diundang bagi memberikan kursus kahwin kebelakangan ini.

Malah, ada netizen yang menyertakan hadis bagi memberi penjelasan mengenai poligami. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
poligami, ustaz, curang, kursus kahwin

Artikel Lain