suria

Pecut dan lepas! Tak perlu bayar tol, pemandu kereta Mercedes berjaya lepasi palang

Paparan skrin video tular menunjukkan sebuah kereta Mercedes berjaya melepasi palang tanpa membayar tol terlebih dahulu.

KEBANYAKAN pemandu kereta mewah di Malaysia memang suka 'mempamerkan' kereta mewah mereka sambil mereka melepak di kelab-kelab atau bar.

Tetapi sedikit menghairankan apabila ada antara mereka yang tidak suka menunjukkan bahawa mereka berduit untuk membayar parkir atau denda kehilangan tiket, tol dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Memalukan! Tular video pemandu Honda gigih ikut rapat kereta hadapan elak bayar parking

Menerusi satu perkongsian video di Facebook We Are Malaysians, rakaman dari kamera belakang sebuah kereta menunjukkan sebuah kereta mewah di belakangnya dipandu laju mengekori kereta berkenaan yang tiba di palang tol.

Walaupun hampir berlanggar, kereta jenis Mercedes itu tetap berjaya melepasi palang tersebut tanpa perlu membayar tol.

Mungkin pemandunya terlupa membawa beg duit atau ia juga mungkin kereta yang dicuri, ramai yang mengkritik tindakan pemandu kereta mewah berkenaan kerana apa yang dilakukannya tetap salah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
palang, tol, Mercedes, tipu

Artikel Lain