suria

Aksi comel, manja bertukar ngeri! Penjaga zoo diserang dua ekor panda ketika bawa snek ringan

Tangkap layar serangan terhadap penjaga zoo.

KELETAH panda sememangnya comel dan mencuit hati.

Namun siapa sangka, beruang kecil ini juga boleh bertindak agresif dan menyerang manusia seperti spesis yang lain.

Memetik laporan Daily Star, seorang penjaga zoo wanita di Chongqing Dongwuyuan di barat daya China berhadapan detik cemas apabila diserang dua ekor panda seliaannya.

Malah kejadian tersebut berlaku di hadapan penonton.

Aksi serangan yang dirakam oleh salah seorang pengunjung menunjukkan sepasang panda berlari dari kandang mereka ketika penjaga zoo muncul dengan makanan ringan pada waktu makan.

Salah seekor panda tersebut menghampirinya dan menggigit buku lalinya, manakala satu lagi menjatuhkannya ke tanah sebelum mencakar kepala serta menggigit lehernya.

Serangan tersebut berterusan sehingga seekor panda melarikan diri dan meninggalkan penjaga zoo terbabit dengan baju koyak serta kesan calar di bahu.

Susulan daripada itu, dia berjaya duduk walaupun seekor beruang lain terus menggigit perutnya di hadapan ratusan pengunjung.

Panik dengan situasi yang berlaku, rakan sekerjanya tampil membantu namun dihalau haiwan tersebut.

Meskipun diserang, penjaga zoo terbabit berjaya melarikan diri dengan kecederaan ringan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain