suria

Lelaki 48 tahun tahan malu datang hospital, sukar kencing selepas masukkan kabel elektrik dalam zakar

Pesakit itu mendapatkan rawatan selepas dia mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

SEORANG lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas dia memasukkan kabel elektrik dan gelang getah ke dalam zakarnya.

Lelaki berusia 48 tahun dari Indonesia itu terpaksa mendapatkan bantuan perubatan selepas dia mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

Imbasan x-ray yang dibuat menunjukkan kehadiran objek menyerupai wayar yang tersangkut di dalam zakarnya.

Selain itu, dia juga memasukkan alat yang digunakan untuk memasang kad sim ke dalam zakarnya.

Ujian darah dan air kencing pula mengesahkan lelaki itu mengalami kegagalan buah pinggang dan Jangkitan Saluran Kencing (UTI).

Kesemua objek itu akhirnya berjaya dikeluarkan selepas dia hadir mendapatkan rawatan.

Kisah mengenai lelaki itu diceritakan oleh doktor di Hospital Umum-Akademik Dr Soetomo, Surabaya di Jawa Timur menerusi jurnal perubatan Radiology Case Reports. - Mail Online.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain