suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak menangis lapar, lelaki terpaksa curi sekotak susu... Luahan bapa bikin sayu

Seorang bapa (dua, kanan) terpaksa mencuri susu untuk anaknya. -Foto Polis Jelutung

SEORANG bapa berusia 34 tahun nekad mencuri sekotak susu untuk anaknya yang menangis kelaparan.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Isnin, bapa berkenaan pergi ke sebuah pasar raya di Jalan Sumantri Brojonegoro, Desa Payo Lebar, Kecamatan Jelutung, Kota Jambi di Indonesia.

Lelaki bernama Darkasi itu didakwa mengambil kotak susu tepung 900 gram dan menyembunyikannya di dalam pakaiannya, sebelum berpura-pura keluar dengan alasan tertinggal sesuatu.

Bagaimanapun, gerak-gerinya disedari oleh pekerja pasar raya dan ditahan sebelum menemukan kotak susu di dalam baju lelaki itu.

Kes kecurian tersebut dilaporkan kepada pihak polis.

Ketika disiasat, Darkasi mengaku mencuri susu untuk anaknya yang menangis kelaparan.

Melihat perkara itu, Ketua Polis Jambi, Pol Eko Wahyudi akhirnya menjadi orang tengah antara suspek dan pengadu.

Darkasi yang bekerja secara sambilan terpaksa mencuri kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli susu untuk anaknya.

Dia akhirnya dibebaskan melalui skim keadilan pemulihan.

"Kita sudah panggil pihak pasar raya, keluarga suspek untuk berdamai dan tidak melanjutkan kes. Maka kita akan melakukan restorative justice," katanya pada Selasa.

Restorative justice atau keadilan restoratif, adalah usaha menyelesaikan sesuatu kes atau hukuman dengan cara kesepakatan bersama.

Bukan sekadar itu, Darkasi juga diberikan hadiah 13 kotak susu.

"Sayangnya dia (penjenayah) mencuri kerana terpaksa. Anaknya perlukan susu, tetapi dia tidak ada wang. Dia bekerja secara sambilan," kata Eko. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain