suria

Pesawat terhempas di kawasan sungai sejurus berlepas, kepulan asap hitam menjulang ke udara

Pesawat itu terhempas di kawasan sungai sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks. - Foto AP

SEBUAH pesawat yang membawa dua penumpang terhempas di kawasan sungai berhampiran Fairbanks, Alaska, sejurus berlepas pada pagi Selasa, kata pihak berkuasa.

Pesawat Douglas DC-4 itu terhempas di Sungai Tanana berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks kira-kira 10.40 pagi waktu tempatan, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) kepada The Independent.

Foto yang dikongsi memaparkan kesan letupan di kawasan sungai berais, disusuli kepulan asap gelap menjulang ke udara.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), yang akan mengetuai siasatan ke atas insiden itu, berkata pesawat berkenaan dikendalikan oleh Alaska Air Fuel sebagai penerbangan pengangkutan bahan api Bahagian 91.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 helikopter ATM bertembung di udara sebelum terhempas

Ia terhempas di sungai dalam keadaan yang tidak diketahui.

Keadaan kedua-dua individu di atas kapal terbang itu tidak dijelaskan dengan segera, walaupun AP melaporkan tiada mangsa terselamat. - Indipendent.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain