suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 helikopter ATM bertembung di udara sebelum terhempas

Tangkap layar menunjukkan dua buah helikopter bertembung di udara.

DUA helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas dipercayai di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Difahamkan 10 anggota ATM terlibat dalam nahas pada pagi Selasa itu.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat dua helikopter terbabit bertembung sesama sendiri ketika sedang membuat penerbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada yang terselamat... 10 maut dalam nahas 2 helikopter bertembung di Lumut

Dipercayai dua helikopter yang terlibat adalah jenis Fennec M502-6 dan HOM M503-3.

Maklumat awal mendedahkan tiga kru berada dalam helikopter Fennec manakala lagi tujuh kru dalam helikopter HOM.

Difahamkan dua helikopter berkenaan sedang melakukan penerbangan latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90

Sehingga berita ini disiarkan belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain