suria

Isteri kantoi curang 18 tahun, anak kembar rupanya 'benih' lelaki berbeza

Lelaki gemar bersendirian apabila ditimpa masalah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui dia bukanlah bapa kandung kepada anak kembarnya.

Berkongsi kesedihan di media sosial, lelaki ini menyatakan isterinya telah curang selepas berlaku pergaduhan besar antara mereka di awal perkahwinan.

Menurutnya, sepanjang tempoh 18 tahun perkahwinan dia tidak menyedari bahawa anak kembarnya mempunyai bapa kandung yang berbeza sehinggalah ia dibongkarkan menerusi ujian DNA.

Keputusan ujian itu memaksa isterinya menceritakan kejadian yang berlaku di awal perkahwinan mereka.

Susulan daripada itu, isterinya memohon maaf dan menyatakan kejadian tersebut berlaku ketika mereka bergaduh.

"Dia memberitahu saya bahawa semasa kami bergaduh pada permulaan perkahwinan, dia mabuk pada suatu malam dan tidur dengan seorang lelaki rawak.

"Kecurangan itu membuatkan saya keliru. Saya memberitahu dia bahawa saya memerlukan masa untuk memproses apa yang berlaku dan kini saya tinggal di sebuah hotel.

"Saya rasa seperti zombi, tidak dapat merasakan atau memproses apa-apa. Saya tidak berniat untuk meninggalkan anak-anak, saya mungkin bukan bapa mereka, tetapi saya masih 'bapa' mereka dan amat menyayangi mereka," ujarnya sayu.

Masalah yang dialaminya membuatkan dia membuat hantaran di laman sosial bagi mendapatkan pandangan.

Malah dia turut menyatakan bahawa isterinya adalah pasangan yang hebat dan merupakan rakan kongsi perniagaan yang sangat baik. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain