suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Kaki sondol' saman isteri kekasih, tuntut harta pusaka... Sanggup lahirkan anak lelaki guna embrio, sperma beku

Ramai pasangan mengimpikan cahaya mata. -Gambar hiasan

DEMI mewarisi harta pusaka, seorang wanita sanggup menggunakan embrio beku miliknya bersama sperma kekasih yang telah meninggal dunia.

Tindakannya itu mencetuskan kontroversi di wilayah Guangdong, China berikutan dia hanyalah wanita simpanan mendiang.

Bukan itu sahaja, dia turut menyaman isteri mendiang kekasihnya bagi mendapatkan hak sebahagian harta pusaka.

Bagaimanapun, tindakan permohonannya itu tidak mendapat dokongan dan telah ditolak mahkamah.

Memetik laporan South China Morning Post, pertikaian bermula selepas kematian lelaki terbabit yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Januari 2021.

Sebelum kematiannya, wanita berkenaan telah membekukan beberapa telur yang menurutnya telah disenyawakan menggunakan sperma kekasihnya di sebuah klinik swasta.

Pada Disember 2021, dia berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Xiaowen.

Percaya Xiaowen mempunyai hak untuk mewarisi sebahagian daripada aset arwah bapanya, wanita terbabit kemudian memfailkan saman bagi pihaknya pada Ogos tahun lalu dan menuntut bahagian harta pusaka milik isteri kekasihnya dengan Xiaowen, termasuk harta, faedah insurans dan saham ekuiti syarikat.

Bagaimanapun semasa perbicaraan, wanita ini gagal membuktikan bahawa telur beku itu disenyawakan oleh mendiang kekasihnya dan selain mendapat kebenaran untuk menggunakan sperma lelaki terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain