suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umur bukan halangan! Wanita berusia 60 tahun bersaing rebut gelaran Miss Argentina

Alejandra Marisa Rodríguez merangkul gelaran Miss Buenos Aires, sekali gus melayakkan dirinya menyertai Miss Argentina. -Foto Indiatimes

ALEJANDRA Marisa Rodríguez, seorang peguam dan wartawan berusia 60 tahun telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Buenos Aires, sekali gus melayakkan dirinya menyertai pertandingan ratu cantik Miss Argentina.

Rodríguez memecahkan stereotaip apabila dia mengatasi 34 pesaing lain untuk melayakkan diri ke pertandingan Miss Argentina pada 25 Mei depan.

Peserta dari wilayah lain berumur antara 18 dan 40 tahun.

Rodríguez layak mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik itu selepas perubahan peraturan pada akhir tahun lalu, yang menghapuskan had umur.

Sejak 1958, peserta mestilah berumur antara 18 dan 28 tahun namun selepas peraturan baharu diperkenalkan, peserta hanya perlu mencapai umur yang sah.

"Saya sangat teruja dan berbesar hati memenangi gelaran Miss Buenos Aires 2024. Saya mahu menunjukkan kepada semua wanita bahawa kecantikan tidak mempunyai had usia dan kita boleh memecahkan halangan," katanya.

Menurut Rodríguez, rahsia kecergasan dan penampilan mudanya adalah melakukan aktiviti fizikal dan makanan yang sihat. -Indiatimes

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain