suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat ketagih porno, budak perempuan 7 tahun lakukan seks atas kubur dengan sepupu

Tangkap layar aksi kanak-kanak terbabit di kawasan perkuburan.

DUA kanak-kanak ditahan selepas video yang memaparkan mereka melakukan hubungan seksual tersebar di media sosial.

Menurut Ketua Rukun Tetangga Kelurahan di Kota Makassar, Indonesia, Qadariah, hubungan terlarang itu dilakukan pasangan terbabit selepas menonton video porno di telefon bimbit.

Malah aksi yang dirakam pada Khamis lalu, dilakukan di kawasan perkuburan pada waktu tengah hari.

"Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun manakala perempuan, tujuh tahun.

"Kedua-dua mereka tidak bersekolah dan mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu sepupu," ujarnya.

Susulan daripada itu, kata Qadariah, pihaknya akan memberi kaunseling kepada kedua-dua kanak-kanak terbabit dan melihat tahap ketagihan pornografi. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain