suria

Sumpah Quran tak selesai 'perang', bekas klien nekad saman doula bebas!

Nora bersama dua orang anaknya. Foto ihsan Noor Inora Puteri.

NAMPAKNYA episod 'perang siber' antara doula bebas, Hayati Muzaffar dan bekas kliennya membuka lembaran baharu apabila ahli perniagaan, Noor Inora Putri Noorzainy mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.

Noor Inora atau lebih mesra disapa Nora memberitahu mStar Online bahawa dia berhasrat memfailkan saman terhadap Hayati atau dikenali sebagai Kak Yat demi mempertahankan hak semua ibu di luar sana.

"Saya lakukan ini bukan untuk diri sendiri tapi demi pertahankan hak semua ibu di luar sana. Perkara ini dah lama berleluasa dan saya dapat banyak DM (Direct Message) suruh ambil tindakan undang-undang,

"Insya-Allah saya dan suami akan bertemu dengan peguam kami petang ini. Pada mulanya saya enggan memanjangkan perkara ini tetapi dia sudah melampau.

"Selepas meneliti pelbagai perkara dan mendapat nasihat daripada pakar termasuk bapa saya yang juga Ketua Polis Seberang Perai Utara, saya buat keputusan untuk ambil tindakan undang-undang. Saya tidak mahu dia (Kak Yat) berkata bukan-bukan tentang saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Melampau! Siap cakap saya nak makan McD hari-hari” - Bekas klien dedah sikap doula kontroversi, kecewa dihina

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya! Kursus doula tak diiktiraf, bayi dan ibu terdedah risiko jangkitan kuman, tumpah darah

Pada masa sama, ibu kepada dua orang anak itu turut mendesak Kak Yat supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mendakwa wanita doula itu menghinanya.

Kak Yat semasa melakukan private coaching bersama Nora.

"Dia 'spin' pula cakap saya obes. Dia buat salah tapi cuba cari salah orang lain. Jika dia seorang yang profesional, dia patut menghormati semua kliennya, bukannya berkata sesuatu tidak baik terhadap mereka.

"Dalam live Facebook kelmarin (Jumaat) dia kata saya obese atas alasan tuduhan itu hanya untuk disebarkan dalam private group. Saya amat kecewa kerana dia cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan orang ramai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumpah Quran di live FB, ustaz nasihat bakal ibu jangan terpedaya dengan doula!

Dalam pada itu Nora turut kesal apabila beberapa individu yang dipercayai pengikut Kak Yat menyerangnya di Facebook.

"Ingatkan nak stop cerita pasal doula douli sekali ada lagi. Pagi semalam ada dua akaun palsu datang serbu FB saya cakap macam-macam. Masya-Allah tak sangka jadi sampai macam ni.

Ingatkan nak stop cerita pasal doula douli sekali ada lagi. Pagi semalam ada dua akaun palsu datang serbu FB saya cakap macam-macam. Masya-Allah tak sangka jadi sampai macam ni.

NOOR INORA

"Biarlah mereka nak cakap apa. Tak guna dah jelaskan macam-macam tapi tetap kita yang dituduh menyebar fitnah. Saya dah block akaun tu dan dah screenshot semuanya. Biarlah undang-undang yang menentukan," katanya.

Tambah Nora, dia akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan ramai individu pernah diserang dua pengguna akaun palsu itu. Mereka juga akan turut membuat laporan kepada SKMM," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkedu tengok uri dibiar kering di sebelah bayi, ibu meroyan selepas bersalin guna khidmat doula

Pada petang Jumaat, Kak Yat tampil bersumpah bersaksikan al-Quran sebelum memberi penjelasan bagi membuktikan dia bercakap benar berhubung kontroversi yang timbul.

Kak Yat melakukan sumpah Quran semasa bersiaran secara live di FB, petang Jumaat.

"Niat buat live FB untuk menjemput orang di luar sana bersama Kak Yat nak buat sumpah Quran. Kak Yat buat sesi perkongsian di wall peribadi Kak Yat nak bersumpah atas Quran (bahawa) perkongsian ini Kak Yat berkata yang benar.

"Kak Yat doakan kebaikan keluar daripada perkongsian ini nak menjelaskan pelbagai isu setelah lebih seminggu program Analisis dah berlalu, jadi itulah niat Kak Yat sumpah Quran.

"Kak Yat ambil soalan dari WhatsApp dan Facebook. Kak Yat buat keputusan lepas (solat) istikarah ada dalam 13 atau 14 isu untuk dijawab," katanya.

Bagaimanapun perbuatan itu tidak dipersetujui ahli Persatuan Ulama Sedunia, Ahmad Fauwaz Fadzil Noor yang menyifatkan ia kurang sesuai untuk dilakukan.

"Dia tidak sepatutnya menggunakan al-Quran untuk bersumpah. Sumpah hanya diguna pakai di mahkamah sahaja.

"Tindakan dia tidak begitu sesuai sebab kita ada ilmu. Kembali kepada ilmu yang akan menentukan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
doula, saman, klien

Artikel Lain