MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa.Empat pertuduhan tersebut ialah berkaitan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM200 juta serta tiga berhubung pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama. Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membuat keputusan itu pada Selasa, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib.Ahmad Akram memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes berkenaan mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah."Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh daripada empat pertuduhan," kata Noor Ruwena.Bagaimanapun, Muhyiddin masih berdepan tiga pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM25.3 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Suapan tersebut didakwa diterima daripada Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd serta KCJ Engineering Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Azman Yusoff. -The Star