suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video bercuti di China tular, wanita ambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah

Perbuatan menutup hidung yang dilakukan itu mengundang kecaman netizen.

KONTROVERSI membabitkan sekumpulan pelancong Malaysia yang didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China terus menjadi perhatian ramai sejak videonya tular di media sosial.

Malah bukan sekadar menerima kritikan daripada rakyat tempatan, video yang tersebar di platform media sosial China itu mencetuskan kemarahan awam di negara berkenaan.

Bagaimanapun, di sebalik kecaman yang berterusan, individu dikaitkan dengan video tersebut @ekyn.wong akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan [Tonton Video] berhubung dakwaan dan tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, dia memaklumkan bahawa tindakan undang-undang telah diambil terhadap mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah serta penyebaran maklumat palsu yang didakwa menjejaskan nama baik dan reputasinya.

"Merujuk kepada perkongsian video saya melancong di China yang sedang tular, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengerluarkan kenyataan berunsur fitnah, tuduhan tidak berasas, provokasi serta penyebaran maklumat palsu yang telah menjejaskan nama baik, reputasi dan integriti saya.

Kenyataan rasminya disiarkan menerusi akaun TikTok personal miliknya.

Kenyataan rasminya disiarkan menerusi akaun TikTok personal miliknya.

"Saya menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan peguam untuk tindakan lanjut mengikut saluran undang-undang sewajarnya," ujarnya menerusi kenyataan rasmi di akaun peribadi TikToknya.

Sehubungan itu, Ekyn Wong turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi, fitnah atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berkaitan isu berkenaan.

"Tindakan undang-undang telah pun dimulakan dan segala urusan berkaitan akan dikendalikan oleh peguam saya.

"Mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau maklumat palsu boleh berdepan tindakan undang-undang yang sewajarnya," tambahnya.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan sekumpulan rakyat Malaysia menjerit perkataan seperti 'busuk' dan 'tak mandi' ketika berada di tempat awam di China.

Tidak hanya itu, mereka juga dilihat sengaja menutup hidung sehingga mengundang kecaman netizen tempatan serta warga negara itu. 

Malah, video berkenaan turut dilaporkan tersebar di platform media sosial China dan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat.

Artikel Lain