suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

STPM 2025 cipta sejarah, PNGK kebangsaan tertinggi pernah direkodkan

Keputusan STPM 2025 mencatatkan sejarah baharu. -Gambar hiasan

PENCAPAIAN calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kebangsaan tertinggi.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, PNGK kebangsaan bagi STPM 2025 adalah 2.88, meningkat berbanding 2.85 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STPM 2025 di pejabat MPM pada Khamis.

Menurutnya, pencapaian itu juga menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 12.06 peratus atau 0.31 mata berbanding PNGK 2.57 yang direkodkan pada tahun 2013.

Selain itu, seramai 1,336 calon berjaya memperoleh PNGK sempurna 4.00, meningkat berbanding 1,266 calon pada tahun lalu.

Beliau turut memaklumkan seramai 60 calon memperoleh keputusan 5A manakala 1,285 calon meraih 4A dalam peperiksaan tersebut, dengan kedua-dua kategori mencatat peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, seramai 38,144 calon menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga semester STPM 2025.

Peningkatan prestasi itu mencerminkan pencapaian akademik calon yang semakin baik serta menjadi rekod baharu dalam sejarah peperiksaan STPM negara. -The Star

Artikel Lain